oh migraine!

aku tak sangka! tak sangka! (padahal dah agak dah awal awal sakit kepala tu. ni mesti migraine ni)

drpd hari khamis petang lagi asyik sakittt je kepala ni. bukannya sakit depan. tapi sakit belakang kepala. berdenyut denyut nyut nyiutt tak habis habis. ingatkan telan panadol boleh ok la. sebab tak pernah sakit seteruk tu. tengok2, tak hilang jugak. 

hari sabtu, shopping tesco dengan kak cik (sakit sakit pon sempat lagi). beli barang nak buat roti daging berkeju. wauu kelas kau paan. hari ahad ptg buat lah resepi tu. time tgh masak, kepala sakit lagi. tapi tahan. last2, lepas maghrib, tak tahan sangat, ajak kakcik pi klinik. 

dalam bilik doc,

“assalamualaikum, apa khabar?

“walaikumussalam, khabar baik”

*dalam hati : eh, khabar tak baik la. kan tgh sakit kepala ni*

lepas aku pompang pompang masalah aku dekat dia, dia tanya macam2, 

“tingkatan berapa ni?”

OMG! am i look young? hekhek

“err, dah 20 tahun dah pon”

“study mana? asasi, matrik?”

“diploma.. uitm..”

*tapi tak bagitau pulak aku study pharmacy, satgi macam tunjuk riak pulak. kekeke*

“hmm ada minum nescafe tak, kopi?”

“tak”

i dont like coffee

“tidur pukul berapa ni? bangun?”

“err. kalau kat kolej, pukul 1 tidur, pukul 6.30 bangun”

*senyap*

doc checked blood pressure

“BP ok. 130/80. jarang orang sakit belakang kepala. 10 % saja. selalunya sakit depan. tak pon, pergi check power mata, mana tau kot dah naik power”

*dalam hati: aaaa laaa. tak teringat pulak nak check power mata. saya pakai spec masa study ja. masa lain tak pakai. hehe. senyum kambing dekat doktor*

“kalau rabun dekat, boleh la pakai spec masa study ja. tp, kalau rabun jauh, kena pakai spec selalu”

“ok. terima kasih ye”

doc prescribed vitamin, ubat migraine dengan ubat radang. semua RM 32

selalunya, vitamin ni hisap kan. tapi, vitamin yg aku dapat tu tak best. ish. confuse, nak kena telan ke hisap ni? tu la. tadi time ambik ubat, tak mau dengar betul-betul. kan dah nganga sorang2. 

last2, aku tanya lecturer aku, dia pharmacist jugak. nasib baik dia cakap vitamin tu kena telan. hekhek. legaaaa sikit. 

esok pagi, bangun. sakit dah hilang!!! waaaa. xiexie arigato danke doc :)))

 

Image

ubat migarine ni namanya Cinnarizine. sepanjang belajar migraine, tak pernah dengar la pulak ubat nama cinnarizine ni. bila checked BNF, main indication cinnarizine ni untuk nausea and vertigo. kira ok la tu. aku ada jugak rasa loya dan postural hypotension. 

Image

 

yang ni anti-inflammatroy drug. prednisolone. ni dah biasa dah aku dengar. bagus la doc ni bagi prednisolone. aku ada rasa macam something wrong dekat urat aku. doc tu macam tau2 ja. haha

Image

ni la vitamin yg kena telan tu. gila tak sedap. dah la bau pon tak best. nama vitamin ni neurovit. gabungan vitamin b1, b6, and b12.  nasib baik sekali sehari ja makan.

 

ok lah. tu je cerita migraine kali ni. cukup2 la sakit tu. 

Advertisements