cerita di Tesco

assalamualaikum

 

actually setiap hari jumaat waktu rehat aku kat hospital dari pukul 12.15 – 2.45 ptg. so, sempat la kalau nak makan dan shopping kat luar. sudah semestinya Watson menjadi pilihan! 

nak dijadikan cerita, dari hari selasa aku dah plan dengan nita nak keluar tesco. kengkonon nak makan kat Authentic Thai Restaurant. nak feeling sawaddeekap la sangat. sampai-sampai tu, dah tanya nita, “nak makan dulu ke, nak shopping dulu” so, terus pi shopping. masuk Watson la of course sebab watson baru bukak dalam tesco extra ni. YEAYY! sebelum ni ada cosway saja. guardian pun tak dak. boleh menangis aku tau. kalau nak beli barang2 kecantikan ni pon kena pi Aeon Big. Itupon aku tengok watson dia macam tak cukup barang lagi.  sedih tahu sedih! sobs 

sebelum masuk watson, aku ingat nak ambik duit dulu dekat ATM. ciss!! hampeh sungguh sebab seeemmuuuaaa, ok aku caps lock SEMUAAAAA ATM dia tak boleh guna! bertambah sedih la aku. bukannya aku tak cukup duit, tapi saja je la nak tambah duit dalam purse. iteww kan dapat biasiswa. hewhew. 

masa nak bayar kat kaunter, aku tengok si nita ni tetiba dah lesap. eh menyorok kat mana pulak budak ni. tak pa la, barang aku semua sekali dalam 70 ringgit lebih. lepas tu baru nampak nita dekat luar. tetiba satu benda tragis terjadi ddekat aku dan nita 

nita: paan nak tau satu benda tak?

aku: apa?

nita: nita lupa bawak purseeeee!!!

aku: *terdiam*, *gelak*

okay tak pa relax, aku pikir2 balik, duit baki tadi ada lagi kot. cek cek purse, ada lagi rm 40. alamak, cukup ke tak cukup ni? satgi kan nak makan makanan thailand. puihhh -,-

 

aku: nita, makanan kat situ mahal tak?

nita: hmmm standard la dalam 5 ringgit macam tu

aku: hmmmmmm. cukup kot. “yakin dan berfikiran positive uolss”

sampai2 dalam restaurant tu, dah tergelak2 dah. duit aku tak cukup. nita pulak tak bawak purse. hahahah. tragedi paling tragis ok. aku sempat curi2 usha buku menu atas meja pelanggan lain semata-mata nak tengok harga makanan. dasar muka tak malu la paan oi. yang pelanggan tu dah tengok pelik dah kat aku. hahaha. 

ok. so, aku dengan muka yang redhanya pon duduk kat meja dengan nita. siap sembang2 lagi  cakap, kalau tak cukup duit nak bayar, kita jadi kuli basuh pinggan je la. tak pon kita sedekah ja jam tangan, handphone kita kat kedai ni. ahahah. macam drama melayu pulak. 

last2, aku order maggi tom yam, nita order bihun tom yam. woi datang makan kat restaurant order maggi dengan bihun ja???hahah baik hang balik buat sendiri dekat rumah. kesian kan dekat kami. 

 

 

Image

 

nasib baik total harga semua cuma 12 ringgit ja. haaa selamat tak payah basuh pinggan, tak payah sedekah jam tangan weh. kalau kena sedekah, memang taubat nasuha dah aku nak masuk restaurant tu lain kali. 

last sekali, sempat usha tudung2 dekat kedai dalam tesco. 

aku: hmmm boleh tengok2 je la tudung ni, nak beli tak boleh.

nita: deep gila ayat paan. 

Advertisements

Do It Yourself

Nahhh.. harini nak share satu resepi DIY sabun. dapat dari website ni hehe.

BAHAN-BAHAN

• 1 L minyak masak
• 120 gram natrium hidroksida (Sodium Hydroxide)
• 400 mL air
• Pewangi
• Pewarna

cara-cara:

  • Tapis minyak utk membuang kotoran.
  • Campurkan NaOH dalam air & kacau sehingga larut.
  • Sejukkan larutan selama lebih kurang 15 minit.
  • Campurkan larutan NaOH ke dalam minyak masak & kacau sehingga campuran menjadi likat.
  • Masukkan pewangi & pewarna bagi menjadikan sabun lebih kelihatan menarik & berbau wangi.
  • Masukkan campuran ke dalam acuan & biarkan ia membeku.
  • Boleh digunakan selepas disimpan untuk proses pembekuan selama 3 ~ 4 minggu.

 

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

  • Gunakan sarung tangan ketika mengendalikan NaOH (caustic soda). Jika larutan terkena tangan basuh dengan air yang banyak atau menggunakan cuka. 
  • Jangan guna semula bekas NaOH utk meletak makanan (manusia/binatang).
  • Jangan gunakan bekas aluminium ketika mengendalikan NaOH.

TIPS BERGUNA

  • Untuk menjadikan sabun lebih berbuih, tambahkan 1 atau 2 sudu kecil gula ke dalam campuran sebelum ianya dibekukan.

 p/s : rasa-rasa macam nak buat sabun kecantikan je nanti. tambah oatmeal dan madu 🙂 haha