HOSPITAL TRAINING -PART 1

Salam semua.. memandangkan aku ni bekas student diploma farmasi (cewahh) yg tgh tunggu nak masuk degree September ni, kat sini aku nak cerita pasal experience aku berpraktikal di hospital selama 10 bulan. Hahh memang lama. Dah nak setaraf PRP (1 tahun) dah praktikalnya. Haha. PRP is Provisionally Registered Pharmacist (fresh graduates with Degree in Pharmacy)

Aku student pharmacy UiTM. Total belajar diploma is 3 years. 4 sem belajar dan 2 sem praktikal. Aku start praktikal 4 Jun 2013 (tahun lepas) dan habis 4 April 2014. Nampak macam lama kan? Tapi kejap ja aku rasa. Rasa baru semalam ja aku blur2 dekat hospital. Haha

So, let’s start. Masa mula masuk of course akan ada orientasi. Tapi orientasi cuma 2 hari ja. Bagi briefing sikit then melawat sekitar pharmacy lepas tu terus kerja macam biasa. Opps lupa nak bagitahu, aku praktikal di Hospital Seberang Jaya, Penang. Ok kat sini, kami dibahagi kepada 8 units pharmacy :-

       Outpatient Department (OPD)

       Manufacturing/Galenical

       Total Parenteral Nutrition (TPN)

       Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)

       Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

       Health Clinic (KK)

       Inpatient Pharmacy (IPD/WS)

       Integrated Store

Ok, aku start dgn manufacturing. Semua org dibahagikan tugas. Aku masuk manufacturing, kawan aku yg lain ada masuk opd, tdm, cdr and tpn. And nanti akan rotate la unit tu. Bukan semua sekali dia sumbat masuk dalam satu unit.

Di manufacturing, ada dua bahagian. External dan internal preparation. aku belajar macam mana nak sediakan ubat iaitu proses pembuatan lotion, krim, ubat minum dan lain-lain. so the flow begins with: setiap pagi, masuk ja kerja pukul 8, mesti ambik suhu sekeliling dan rekod. Kejap je dlm 5 minit. Lepas tu,rendam semua apparatus yg nak guna utk buat ubat dalam air panas lebih kurang 10 minit. Tujuan nya nak hilangkan kuman2 yg ada gitew. Bila dh 10 minit, angkat brg2 tu dan keringkan. So, dah boleh pakai PPE; ex gown, mask, gloves. Kasut kat sini pakai selipar ja. So, kaki aku lega la sikit tak payah terperap pakai kasut tutup ja. Hehe

Utk external prep, dalam pukul 9 pagi, akan ada indent lotion dari wards, unit2 dalam hospital contoh: dewan bedah ke, hemodialisis, makmal ke apa ke. Mereka akan hantar indent lotion melalui buku indent dan hantar sekali botol2 untuk refill lotion. Lotion yg aku maksudkan bukan lotion yg guna nak sapu kat tangan macam lotion baby tu hahaha. Ni lotion utk kegunaan dressing pesakit, ataupon disinfectant. Contohnya Hydrogen Peroxide, Formalin and so on. So, kami kat farmasi akan rekod berapa jumlah lotion yg kena buat, dan start buat kertas kerja, buat calculation, dan prepare chemical substances yg kena guna nanti. Selalunya seorang ja  yg buat lotion tu, seorang lagi tolong tutupkan botol dan sorang lagi tag kan expiry date, and PPF U32 akan check lotion yg dah siap bagi betul dan pegawai farmasi akan sahkan rekod lotion tu. Bila dh habis isi lotion, kami kena ambik sample lotion dan simpan utk observe physical condition lotion tu. Samada berlaku microbial growth ke apa. Lepas siap semua, bolehlah hantar balik lotion tu ke unit2 yg memesan.

For internal prep, kita prepare ubat yg boleh diminum contoh Ammonium & Ipecanchua Mixture (ubat batuk), Folic Acid Syrup, Potassium Chloride mixt dan lain-lain. Kat internal, cleanliness is the most important thing. Gowning yg kita pakai utk external prep tak boleh pakai waktu internal prep. So kena tukar lain. Kami sediakan ubat utk bekalan OPD, IPD, dan juga klinik2 kesihatan and hospital luar. Di external pon ada juga sediakan bekalan utk hosp luar.

Lepas siap semua preparation, petang tu, bolehlah kita buat prepacking medication. Dalam melayunya, kita pack ubat yg datang dgn botol2 besar ke dalam bekas kecil2. Terasa lagi panasnya Methyl Salicylate ointment, busuknya bau Sulphur. Haha kalau tak da prepacking, kita prepare cream ke ointment ke. Macam tu lah sikit sebanyak kerja di manufacturing pharmacy. Aku suka masuk unit ni, sebab relaks, tenang tak kelam kabut. Kenapa aku cakap macam tu? Haaaa tunggu next entry aku pasal OPD. Hehehehe *gelak jahat*

 Image

Prepacking NaHCo3 powder 🙂

Image

antara ubat2 yg available di internal preparation

Advertisements

MEDAN- DAY 6, 27/3/2014 KHAMIS

fuhh finally it comes to the end. penat nau aku tunggu nak taip 6 hari cerita kat medan ni. 

so, memandangkan dah hari terakhir kami kt medan, pagi tu, kami breakfast soto medan. kedai tu nama sinar pagi. memang ramai gila customer dia. aku ingatkan soto medan sama je la macam soto malaysia, tapi lain. lain terus! kat sana, soto dia warna hijau makan dgn nasi. pergh terangkat, sedap gilaaa. ditambah lagi dengan bergedel, sambal cili pedas dan isi ayam sama teh panas, memang berpeluh makan soto tu. haha. aku siap tambah nasi lagi.

lepas makan, kami jalan2 sekitar medan, first pergi ke Masjid Raya, masjid tertua di Medan. 

Image

then, kami pi shopping beli tshirt dan cenderahati. aku rimas betol dgn org2 indon yg suka berniaga tepi kita. paksa-paksa beli. cakap itu murah la, ini murah la. 

lepas shopping, kami singgah di Istana Maimun, masuk dalam istana tu kena bayar. tp dalam tu tadak kipas or aircond, panas dia tuhan je yang tahu. 

Image

 

Image

 

kat dalam ni jugak kita boleh sewa nak pakai baju diraja untuk bergambar. tp, memandangkan panas gila dalam ni, aku tk jadi lah nak pakai. huahua

lepas dh penat meneroka medan, kami balik ke hotel utk check out. takut terlebih masa. tengok2, memang dah lebih pon. kad bilik dah kena block 😦 so terpaksa lah mintak tolong dkt receptionist. bila dh dpt kad baru, kemas2 barang, terus check out. pak rizal bawak kami lunch makan kari kepala ikan. kedai makan dia macam tersorok sikit, so kalau lalu, mesti takkan perasan. bagi aku, masakan dia takdak lah sedap mana (eh ke sebab aku tgh mood nak balik penang? hehe) ada petai, jering, sambal belacan. style kampung punya makanan. sambal belacan dia sebiji macam mak aku buat haha

lepas dh kenyang, memandangkan flight pukul 6.45 ptg, so ada masa lagi, kami jalan2 tengok burung di tasik. aku tatau apa nama tempat tu, tp dia macam tasik dan ada banyaaaak sangat burung kat situ. kat situ pon ada temple yang besar gilaaaaa. memang besar. and situ jugak kawasan perumahan Elit. so boleh lah tgk rumah yg sangat lah besar dan cantik dan elegan dan fuhh. 

then terus ke airport kuala namu. maka habislah travelog kita ke medan hehe. thanks pak rizal atas service anda. nanti2, bisa datang medan lagi, mau makan soto enak lagi. hehe

Image

 

Akhirnya kami sampai Malaysia pukul 8.30 malam (waktu malaysia). 

 

Image

 

Thanks Medan, Indonesia. ketemu lagi.

BYEEEEEE!!!! 🙂

MEDAN- DAY 5, 26/3/2014 RABU

so, pagi rabu macam biasa breakfast dulu kat hotel, hajat hati nak makan lagi pancake sedap dia, tapi takdak. dia sedia menu lain 😦 walaupon makanan kat hotel indon ni tak berapa kena dgn taste aku, aku sembat jugak. as long as perut kenyang, aku kisah apa sedap ke dak makanan tu. haha. terus check out hotel. 

the journey continued. kami jalan2 sekitar brastagi. sini kawasan bukit. lebih kurang macam cameron highland la. ada kebun sayur. paling teruja tengok kobis besaq habaq hang, standard size bunga rafflesia. kembang mekar aumm aumm 😉 lagi satu cili kat brastagi ni panjang2, tak macam cili malaysia. kat brastagi ada pokok pine weh. tinggi2 pulak tu. 

lepas tu, terus balik ke Medan. aku macam biasa la tidur dalam kereta, takut muntah. lama jugak la nak sampai medan pon. kami check in di hotel Grand Angkasa. 5 stars uolls. masa hari tu, ada kedatangan menteri apa entah di hotel tu. dan pada masa yg sama, haritu jugak presiden indonesia datang Medan. so, jalan sana sesak habis. pak polisi dan askar merata-rata. 

Image

 

Image

besar kan bilik dia. depan tingkap bilik ni ada gym, so nampak la abang2 sado tgh exercise hehe

dalam semua hotel yg aku check in, hotel ni ja yg ada bath tub. dan kalau ada calar dekat barang dalam bilik ni, masa check out nanti kena bayar denda. ceyt. tp aku tengok banyak ja calar dia =,=

kami lunch di restoran seafood di medan. Nama dia Lembur Kuring. 

Image

Image

auuwwww sedapnyaaa. ada ketam, ikan bakar, kepah, udang, terung goreng, air jeruk kelapa, and jus sawi nenas. marvellous meletop2 sedap! 

harga boleh tahan dalam Rp 320,000 rasanya. (ke lebih???)

lepas dah kenyang, kami ke Carefour medan. jalan2 cuci mata situ. sempat lagi melantak esteller lagi sekali. kakak aku punya pasal la ni. aku still kenyang makan seafood td. esteller aku tak boleh habiskan sorang. last2, aku bg kakak aku perabis. perut aku dh tak boleh masuk dah. haha

last2, balik hotel terus boomm. esok dah nak balik malaysia. yeeha! 

MEDAN- DAY 4, 25/3/2014 SELASA

ok hye hye hyeeeeee amboi sebulan tak update blog sibuk keeeeee

so continue cerita medan kita hari ke 4. kami check in di Mikie Hotel and Resort, Brastagi. cuacanya sejuk banget! sampai ke tulang sejuknya. bilik kat sini pon sama mcm niagara. tadak aircond dan juga takdak kipas (tp niagara ada kipas). sejuk semulajadi. 

Image

nilah bilik dia. tu yg tgh berposing atas katil tu nama dia alya. tengok hiasan belakang tu. it’z a rock time yeyeahh!!

ok la bilik ni, ada tv, shower, almari, plug semua cukup. 

Image

dia ala-ala resort. eh dah nama pon resort kan? haha. depan bilik aku ni ada buaian. situ je lah selalu wifi laju. dalam bilik tak dapat sangat. so pagi2, aku mmg naik buaian tu nak online. pergh tahan sejuk je lah 🙂

hotel ni pon ada water park. tapi, kami silap booking, sebab park dia bukak time cuti sekolah. masa kami pi tu, memang la malaysia dah cuti, tapi indonesianya belum cuti lagi pak huhu 😦

then, pagi lepas breakfast kat kafe dia (pancake situ sedappppp sangat) pergi main dkt swimming pool situ. 

Image

inilah pool dia. nampak en amin tgh menggigil kesejukan kat sebelah tu? haha walaupon cuaca panas, tetap sejuk.

dalam pukul 11 pagi, pak rizal bawak kami ke bukit Gundaling. ada sejarahnya pasal nama gundaling ni, search je la aku malas nak tulis. haha. kat situ, kami boleh tgk Gunung berapi Sinabung yg baru meletus tahun lepas dan ada lagi gunung berapi ex: gunung Sibayak.

Image

tu lah gunung sinabung. nampak ke tak? aku sure tak nampak. kamera cikai je. memang tak nampak. depan mata nampak clear. ada jugak org ambik gambar kami berlatarbelakangkan gunung ni. sekeping aku tk ingat harga dia hahah. tupon kalau hampa nak beli la gambar ni. 

Image

belakang patung nii tu lah gunung berapi sibayak. 

so lepas pusing2 bukit ni, kami terus lunch di Green Garden Hotel. yg paling best sini of course terung goreng pedas. pergh meletops memang sedap. huarghh aku rindu medan 😦

Image

ada pecal jugak. ayam kicap dia terlalu manis bagi aku. kenyang haaa.

lepas tu balik hotel rest. petang tu, utk dinner kami makan di kedai makan depan green garden hotel tu. kat situ femes pecal lele. aku order nasi goreng special dia. memang special sebab makanan aku paling lambat sampai. haha. pulut kacau dia pon sedap. lembut. 

lepas dinner, kami ke hotspring di mana aku tatau. aku ikut ja mana pak rizal bawak. air panas kat situ datang dari gunung berapi. jalan nak masuk hotspring tu pon berliku-liku. yang bestnya, first time aku tgk ada perkampungan di kaki-kaki bukit. memang menarik. damai ja duduk situ. 

Image

nampak tak yg berasap tu? tu lah asap dr gunung tu. 

 

Image

rendam kaki ja sebab tak bawak baju spare nak mandi. bau sulphur dia kuat sangat. sini pon ada banyak kolam ikut kepanasan suhu. 

lepas dah huhahuha kat sini, terus balik hotel nak tidur. ponat