HOSPITAL TRAINING -PART 1

Salam semua.. memandangkan aku ni bekas student diploma farmasi (cewahh) yg tgh tunggu nak masuk degree September ni, kat sini aku nak cerita pasal experience aku berpraktikal di hospital selama 10 bulan. Hahh memang lama. Dah nak setaraf PRP (1 tahun) dah praktikalnya. Haha. PRP is Provisionally Registered Pharmacist (fresh graduates with Degree in Pharmacy)

Aku student pharmacy UiTM. Total belajar diploma is 3 years. 4 sem belajar dan 2 sem praktikal. Aku start praktikal 4 Jun 2013 (tahun lepas) dan habis 4 April 2014. Nampak macam lama kan? Tapi kejap ja aku rasa. Rasa baru semalam ja aku blur2 dekat hospital. Haha

So, let’s start. Masa mula masuk of course akan ada orientasi. Tapi orientasi cuma 2 hari ja. Bagi briefing sikit then melawat sekitar pharmacy lepas tu terus kerja macam biasa. Opps lupa nak bagitahu, aku praktikal di Hospital Seberang Jaya, Penang. Ok kat sini, kami dibahagi kepada 8 units pharmacy :-

       Outpatient Department (OPD)

       Manufacturing/Galenical

       Total Parenteral Nutrition (TPN)

       Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)

       Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

       Health Clinic (KK)

       Inpatient Pharmacy (IPD/WS)

       Integrated Store

Ok, aku start dgn manufacturing. Semua org dibahagikan tugas. Aku masuk manufacturing, kawan aku yg lain ada masuk opd, tdm, cdr and tpn. And nanti akan rotate la unit tu. Bukan semua sekali dia sumbat masuk dalam satu unit.

Di manufacturing, ada dua bahagian. External dan internal preparation. aku belajar macam mana nak sediakan ubat iaitu proses pembuatan lotion, krim, ubat minum dan lain-lain. so the flow begins with: setiap pagi, masuk ja kerja pukul 8, mesti ambik suhu sekeliling dan rekod. Kejap je dlm 5 minit. Lepas tu,rendam semua apparatus yg nak guna utk buat ubat dalam air panas lebih kurang 10 minit. Tujuan nya nak hilangkan kuman2 yg ada gitew. Bila dh 10 minit, angkat brg2 tu dan keringkan. So, dah boleh pakai PPE; ex gown, mask, gloves. Kasut kat sini pakai selipar ja. So, kaki aku lega la sikit tak payah terperap pakai kasut tutup ja. Hehe

Utk external prep, dalam pukul 9 pagi, akan ada indent lotion dari wards, unit2 dalam hospital contoh: dewan bedah ke, hemodialisis, makmal ke apa ke. Mereka akan hantar indent lotion melalui buku indent dan hantar sekali botol2 untuk refill lotion. Lotion yg aku maksudkan bukan lotion yg guna nak sapu kat tangan macam lotion baby tu hahaha. Ni lotion utk kegunaan dressing pesakit, ataupon disinfectant. Contohnya Hydrogen Peroxide, Formalin and so on. So, kami kat farmasi akan rekod berapa jumlah lotion yg kena buat, dan start buat kertas kerja, buat calculation, dan prepare chemical substances yg kena guna nanti. Selalunya seorang ja  yg buat lotion tu, seorang lagi tolong tutupkan botol dan sorang lagi tag kan expiry date, and PPF U32 akan check lotion yg dah siap bagi betul dan pegawai farmasi akan sahkan rekod lotion tu. Bila dh habis isi lotion, kami kena ambik sample lotion dan simpan utk observe physical condition lotion tu. Samada berlaku microbial growth ke apa. Lepas siap semua, bolehlah hantar balik lotion tu ke unit2 yg memesan.

For internal prep, kita prepare ubat yg boleh diminum contoh Ammonium & Ipecanchua Mixture (ubat batuk), Folic Acid Syrup, Potassium Chloride mixt dan lain-lain. Kat internal, cleanliness is the most important thing. Gowning yg kita pakai utk external prep tak boleh pakai waktu internal prep. So kena tukar lain. Kami sediakan ubat utk bekalan OPD, IPD, dan juga klinik2 kesihatan and hospital luar. Di external pon ada juga sediakan bekalan utk hosp luar.

Lepas siap semua preparation, petang tu, bolehlah kita buat prepacking medication. Dalam melayunya, kita pack ubat yg datang dgn botol2 besar ke dalam bekas kecil2. Terasa lagi panasnya Methyl Salicylate ointment, busuknya bau Sulphur. Haha kalau tak da prepacking, kita prepare cream ke ointment ke. Macam tu lah sikit sebanyak kerja di manufacturing pharmacy. Aku suka masuk unit ni, sebab relaks, tenang tak kelam kabut. Kenapa aku cakap macam tu? Haaaa tunggu next entry aku pasal OPD. Hehehehe *gelak jahat*

 Image

Prepacking NaHCo3 powder 🙂

Image

antara ubat2 yg available di internal preparation

Advertisements

5 thoughts on “HOSPITAL TRAINING -PART 1

  1. Spm results akak brp? Apa terms and conditions nk study pharmacy course kt uitm ni? susah tk nk dpt or just with sekali apply dh dpt? I was thinking of taking this course since nk ambik medic tk dpt. Help me pls.

    • spm akak 9a. kalau nak tau t&c pharmacy uitm, adik boleh rujuk website pharmacy uitm http://pharmacy.uitm.edu.my/v1/bachelor.html
      well, obviously degree in pharm requires 3.5 and above. skrg banyak student apply pharmacy. and cuma about 1000 students saja dpt pharmacy dalam malaysia. so, competition sgt tinggi. ada kwn2 akak yg dari diploma pharmacy nak ke degree pharm tak dpt sebab tak lepas requirements.

      • oh okay thanks a lot for helping akak! really appreciate it. wishing u all the best in your life & studies akak and do pray for me too tau. thanks again.

  2. Assalam dan hai sis. Saya just nak tanya bcoz i also get diploma in pharmacy di uitm… Saya nak tanya ramai tak di kalangan student diploma uitm dpt smbung degree in pharmacy di uitm juga… I hope u reply as soon as possible 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s