HOSPITAL TRAINING- PART 2

oh em geee. lamanya tk update blog. heee 😀

ready lah nak baca entry kali ni. panjang mak nenek!

So, welcome to the next entry, OPD. Hehehe.  kenapa aku gelak? Orang2 farmasi je faham keadaan kat OPD macam mana. Kalau nak tau, OPD tu tempat pesakit dtg ambil ubat kat kaunter. Tu yg pakat tunggu atas kerusi ramai2 tu, OPD la tu, Farmasi Pesakit Luar.  Kat sini, semua orang sangat sibuk. Kalau masuk sini, otomatik semua org jadi kelam kabut, pemarah, sombong, macam nak tak nak je melayan orang lain. Kalau dh keluar OPD, semua orang bahagia macam baru keluar penjara. Haha ~~Let it go… let it gooooo~~

Aku pon macam tu. Masa mula2 masuk OPD, semua org kat situ aku macam tak suka sangat. Tp, bila time break ke or dah masuk unit lain, aku rasa semua orang jadi baik. Huahua.

Ok lah, proceed dgn workflow OPD. Bila patient datang opd, mereka akan bwk sekali slip/prescription dari doctor. Dlm slip tu ada la ubat2 yg kena ambil oleh patient tu. Bila sampai ke kaunter, patient akan serahkan slip tu kpd pharmacist, dan pharmacist akan bg no giliran. So, bolehlah tunggu sampai nombor dipanggil. Next, pharmacist akan asingkan slip tu mengikut kategori. Kalau kat HSJ, angka giliran start dgn no 1000 ialah utk pesakit OKU. 2000 utk kaunter express (selalunya ubat dia sikit ja), 3000 utk part supply (atau ubat yg banyak) dan 4000 utk Value Added System. Haaa kat sinila bermulanya segala stress dalam OPD.

Kami yg dalam farmasi ni, akan ambil slip patient dan mula filling ubat dalam bin pesakit. Masa filling tu, kena check samada ubat tu polypharmacy ke, tiada cop &sign doctor/specialist, wrong dose ke, atau ubat tu tiada dlm stok farmasi and so on. Tambah2 lagi ada certain handwriting doctor yg tak boleh nak baca. Bukannya main isi ja ubat tu. So, selalunya pegawai farmasi akan call balik doctor utk confirmkan prescription pesakit. Masa nak call itu lah kdg2 ambil masa yg lama. Patient’s waiting time cuma 30 minit. Ada jugak kes patient yg marah2.  *Hampa tau marah ja, cubalah sabar sikit hahaha*

So, bila dh confirm, boleh lah terus ke label ubat. Label berapa kali kena makan, berapa ml/biji kena ambik, pukul berapa makan and etc. bila dh label, ubat tu kena countercheck lagi sekali. Samaada cukup ke tak bilangan ubat, betul ke label ubat tu. Then baru lah dipasskan ke kaunter depan utk diberi kpd patient. Sometimes, ada ubat yg kena kaunseling dulu ex: insulin injection, inhaler, ubat Fosamax etc. masa ni patient akan dipanggil ke bilik kaunseling then pharmacist akan ajar cara2 penggunaan dia.

Ok sini aku nak explain pasal Value Added System (Sistem Tambah Nilai). VAS ni dia punya benefit, dia boleh reducekan pt waiting time. So, hampa tak yah dah la tunggu lama2 kat kaunter tu. Kat HSJ ada 4 VAS

  • Blue Card
  • System pendispensan ubat bersepadu (SPUB)
  • System telefon dan ambil (STDA)
  • Pos laju

Let me explain. Blue card ni utk sesapa yg rasa ubat dia tu terlampau banyak, dan dia pon malaih nak tunggu lama2 kat kaunter, boleh lah register nak buat blue card. Selalunya setiap bulan, akan ada tarikh yg ditetapkan dia kena dtg ambil ubat. Jgn risau, kami kat farmasi dah pack siap2 ubat pesakit blue card dan simpan dlm locker. So, patient Cuma dtg bawak kad warna biru dan serah dkt kaunter then boleh la ambik ubat bila no dh dipanggil. Kdg2 stress jugak mencari ubat blue card ni. Ada patient yg dtg lewat dari tarikh la, susah tau nak track balik ubat. Ada yg dtg awal pulak, kdg2 ubat tak sempat nak pack lagi. Haa yg tu memang hampa kena tunggu. haha

SPUB pulak macam ni. Patient tu check-up di hospital lain/klinik lain. Tapi dia ambil ubat di hospital lain yg dkt dgn rumah dia or tempat tinggal dia. Haaa, so bila patient tu cakap dia nak ambil ubat di hospital lain, ahli farmasi kena isi borang SPUB (borang R1) and hantar di hospital yg patient tu nak ambil ubat. And setiap bulan, kami akan hantar ubat pesakit tu (in case kalau ubat tu tiada di hospital lain). Bukan semua hospital ada jenis ubat yang sama. Contohnya lah. Di HSJ, kami takdak stok ubat Pantoprazole, tapi ada patient dr Hosp Pulau Pinang kena makan ubat tu then buat SPUB di HSJ. So, HPP kena hantar pantoprazole ke HSJ. (utk patient tu sahaja).  Ado paham??? Sama macam blue card, patient dtg ambil ubat setiap bulan. Nak cari ubat SPUB tu pon sama lambat ja. Jenuh punggah locker nak cari. Sebab kami susun ikut tarikh yg dia dtg. Bukan ubat dia sorang ja dalam locker. Berlambak lagi ubat orang lain. And kena rekod jugak. So paham2 la ye kalau kami terlambat sikit. Hehe

Ok STDA pulak senang. Selalunya system ni utk pesakit yg kena makan ubat cecair, dan ubat cecair tu perlu di bancuh dulu menggunakan ubat biji, dan ambik masa yg agak lama utk prepare. Di farmasi, kami panggil extemporaneous preparation.  Contohnya : omeprazole sol, baclofen syrup, propranolol syrup. Masa aku masuk opd dulu, omeprazole tu lah paling lama nak buat. Sebab ambik masa ubat biji tu nak larut dlm solution. Kdg2, 2 jam aku asyik goncang ja solution tu. (First time aku buat syrup ome tu, goncang sampai esoknya tangan aku cramp) Haha. So utk STDA, patient tu akan dpt nombor masing2, then, bila sampai tarikh dia kena ambil ubat tu, dia akan call farmasi bagitau nombor STDA dia, then cakap la pukul berapa dia nak datang ambil. So, lepas tu, kami akan prepare la ubat dia at least 2 jam sebelum dia datang.

Utk pos laju, aku tak berapa arif sangat sebab aku jarang buat. Hehe, basically, kami akan hantar ubat pesakit melalui pos laju lah. Kahkah, yg tu je aku tau. Sorry 🙂

Dan ada hospital2 lain yg ada drive thru pharmacy. Lagi cepat. Takpayah beratur tunggu angka giliran, tp HSJ takdak la system ni.

So, kat OPD ni mmg semua org sentiasa busy. Asyik berdiri memanjang dari pagi sampai petang. First time aku masuk opd, kan asyik berdiri, berjalan, esok tu cramp tapak kaki aku. Lenguh teramat. Kasut aku baru pakai sebulan, dah kena beli baru sebab dah koyak. Hahaha ganas paan.

Tulah sikit sebanyak proses kat OPD. Ada banyak lagi, tp aku cerita yg basic je lah eh? Kalau nak rasa sendiri macam mana kerja kat opd, meh la join pharmacy. Hahahah.ok byeeee 

2013-06-25 15.39.48-1

ni laa propanolol syrup. cute kan warna pink. hehek

mmexport1372153054683

taraaaa siap dah omeprazole aku. lenguh menggoncang

mmexport1372237989412

wahh itew main syringe la macam nak cucuk cucuk orang pulak. haha

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s