random post 27/12

hai salam semua readers 😀

oh em gee lama gila ai tak update post hewhew. ni semua sebab malas. btw, masa aku menulis ni, aku dalam keadaan lapar. tengah malam. tengah study. lapar, itu perkara biasa. tapi tak nak makan sebab dah lewat malam dah. aku ni jenis menjaga kesihatan jugak. tapi dinner tadi dah melantak maggi tomyam satu cup + nescafe panas secawan time tengah hujan lebat di puncak alam ni. sambil dihidangkan dengan view kabus tebal macam dkt oversea depan bilik. fuhhh layan.

aku dah masuk 3rd year. baruuuuuu je habis hantar proposal FYP. FYP buat aku jadi gila. eh, bukan aku je gila. semua kawan2 aku bagaikan dirasuk hahaha. tapi syukur, semua dah lepas presentation dan hantar proposal dkt lecturer tersayang. sabtu ni dah start final exam. doakan aku guys. alhamdulillah result sem lepas menaik agak banyak walaupun masih belum dekan hehe. tak dapat anugerah dekan time degree itu biasa 😀

actually aku kena sambung study ni, tapi entah tiba2 je terbukak blog, tertaip entry ni. eh. takkan lah nak baca buku 24 jam, aku manusia biasa bukan robot haha.

sem ni sibuk. aku pegang jawatan sebagai ketua biro kebudayaan persatuan pelajar farmasi uitm. tapi, sekarang dah jadi mantan. dah habis tempoh dah. kena handle program. tu pon satu jugak. program yang buat aku jadi gila. ni lagi gila dari buat FYP hoho. tapi semua problem settle dengan bantuan kawan2 aku. thank you guys. muahhh

awal bulan december haritu cuti mid sem. pobonda eh dah nak hujung2 sem baru nak cuti mid sem. aku pon balik la kampung hari sabtu. sampai2 je rumah, aku dapat tau mak aku demam. aku ingatkan demam biasa. tapi  hari isnin, makin teruk pulak. muntah, cirit sampai lesu. aku pon wassap la kakak sulung aku suruh dia datang bawak mak pi hospital. dia cikgu, kebetulan masa tu tengah cuti sekolah. ok lah  tu kan. abang, kakak2 aku yang lain semua datang rumah pagi tu. semua ambik EL. aku ikut la bawak mak aku pi hospital metro dekat sungai petani. masuk emergency room, doc check, bagi nebulizer. kena xray. last2 mak aku kena tahan ward. maka, aku sebagai anak bongsu dan masih solo (ecehh) ni lah yang kena jaga mak dekat wad memandangkan semua adik2 beradik aku ada family masing-masing. 3 hari 2 malam beb mak aku kena tahan.

doc cakap mak aku ada infection. bagi antibiotik. cucuk IV NaCl drip. nampak la mak makin sembuh. aku ni kena tidur atas kerusi rehat tu bila malam. haha tak best langsung nak tidur. dengan orang katil sebelah dok bising sebab family dia datang melawat malam. lepas tu, nurse asyik datang check condition mak aku. bagi ubat lagi. aku ni pulak nak kena siapkan proposal sebab nak hantar dekat supervisor aku. nak study sebab ada test lagi. otak jadi serabut. jadi stress, badmood. cuti mid sem aku di hospital 😦 lepas mak aku discharge, kena continue jaga dekat rumah lagi. study, kerja semua kelaut. nak marah pon tak boleh sebab tu memang tugas anak jaga ibu bapa sakit. so, aku redha je lah.

tapi alhamdulillah, semua dah lepas. tinggal nak final exam je sekarang ni. mudah-mudahan aku lulus cemerlang sem ni.

note: cousin aku sebaya baru je kahwin weekend haritu. aku?????? *sat nak teropong jodoh*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s