My Skincare Routine

assalamualaikum w.b.t and hi to uolss.

dah lama tak update blog ni. so, memandangkan aku tengah cuti sem, kali ni aku nak share tentang skincare routine aku. siapa yang rapat dgn aku, mesti dah tau yang aku ni seorang yg agak obses pasal skincare lol 😀

kulit muka aku ialah combination. maksudnya, oily dkt bahagian T-zone and dry dkt bahagian U zone. tapi kadang2, aku tak rasa dry pon dkt bahagian U zone. nak kata oily pon bukan. more to normal la dkt area situ. tapi bahagian T-zone memang oily. aku ada jerawat dkt bahagian pipi kanan. dia mcm cystic acne yang only grow deeeeeep inside my skin and dia takkan hilang. orang cakap cystic acne ni disebabkan oleh hormon. maybe yes maybe no. u know it is hurt and hard to solve the problem okayhh

ok. so skincare routine aku hari2 ialah…

let me divide into 2 sections. morning routine and night routine.

for morning routine:

  1. cleanser
  2. toner
  3. moisturizer
  4. spot treatment
  5. sunscreen

for night routine:

  1. oil cleanser
  2. water-based cleanser
  3. toner
  4. AHA or BHA exfoliant
  5. serum
  6. moisturizer
  7. spot treatment
  8. lipbalm

okayhhhh. ni basic routine aku je tau. aku tak buat sangat 10 steps korean skincare routine tapi some of them are in my list.

ok kita mulakan dgn morning routine. aku paling suka muka aku bila bangun pagi. sebab muka aku berminyak and bila belek muka bawah lampu, dia macam glowing2 gitew. shine bright like a diamond. (tapi hakikatnya…. hampeh)

so, sekarang aku guna clenaser T3 acne foam. sebut pasal cleanser, macam2 jenis aku dah guna, cetaphil, clinelle, sabun beras, mustika ratu, CNP laboratory, Paula’s Choice and so on. nak list banyak sangat hehe. aku memang jenis suka tukar cleanser. jenis tak setia lol.

8941736296478.jpg

ni 1st time aku guna T3 cleanser. manufacturer dia ialah HOE Pharmaceutical. aku beli dkt watson harga lebih kurang RM 15. bau dia obviously bau tea tree oil. and dia ialah foamy cleanser. cleanser yang berbuih sesuai untuk muka berminyak. dari segi farmaseutikalnya, cleanser ni mengandungi “surfactant” di mana ia bertindak untuk memerangkap minyak dari muka. kalau kulit kering, better cari cream cleanser or cleanser yang ada glycerin sebab dia akan melembapkan kulit muka. so far, T3 cleanser ni best (aku baru pakai seminggu hehe). tak dak rasa tight feeling or irritate. oh lupa nak cakap, ini ialah water-based cleanser.

ok, move to the next step. lepas dah cuci muka, aku guna toner. brand yg aku guna ialah clinelle. ini sesuai utk kulit muka berminyak dan berjerawat. toner ni jenis spray tau. spray terus dekat muka boleh, or nak spray atas kapas dulu pon boleh. fungsi toner ni ialah untuk membuang sisa2 cleanser yg kita guna tadi dan untuk menstabilkan pH kulit. siapa yg selalu pakai toner, mesti nampak kan dkt kapas tu ada sisa2 kotoran walaupun kita dah cuci muka? itulah fungsi toner. ada yang aku baca blog, diorang cakap toner ni tak perlu. well, ikut suka hangpa la nak pakai ke dak toner, but for me, it is compulsory. kalau tak, macam mana kulit nak bersih ye dok?

20180221_201234

ok ingredient toner clinelle, it contains niacinamide. also known as vitamin B3. niacinamide ni fungsi dia sebagai anti-inflammatory, reduce pore size (pore tak boleh ditutup sepenuhnya okay, it is genetic), whitening agent. banyak produk yang ada niacinamide. contohnya paula’s choice, the ordinary, dalam korean skincare pon ada. toner ni pon ada salicylic acid which is Beta hydroxy acid (BHA). it is a keratolytic agent. nanti aku cerita dkt bahagian night routine.

lepas dah pakai toner, aku takkan biarkan dia kering dulu. aku terus pakai moisturizer. sebab apa aku tak tunggu kering? sebabnya ialah produk akan cepat absorb dalam kulit kalau kulit kita dalam keadaan lembap. itu apa yang aku belajar dalam kelas. *skin hydration will enhance the penetration of drugs* (also applied in skincare product). lepas cuci muka pon aku tak lap muka, aku terus pakai toner. moisturizer ni digunakan untuk melembapkan kulit kita yang dah hilang moisture sebab kita dah cuci muka tadi tu. siapa kata kulit berminyak tak perlukan moisturizer? haippp aku ketuk kepala kang. kalau kulit berminyak, pakailah water-based moisturizer contohnya gel. kalau kulit kering, cari lah oil-based moisturizer ataupon cream moisturizer. if you want to have extra hydration, you can use lotion (e.g: Hada Labo lotion) and then followed with moisturizer. kalau duduk dalam bilik aircond, kulit kita akan cepat kering. so pakai lah moisturizer. dan, if you taknak kulit cepat aging, nak kulit glowing, pakailah moisturizer. hydration is the key *muka serius*

ohh, so ni lah moisturizer yang aku guna sekarang.

Screenshot_2018-02-21-20-19-32-1.png

brand: Sukin. ini produk australia. kebanyakan produk aussie banyak guna natural ingredients. texture dia macam cream. and bagi aku, aku tak berapa sangat moisturizer ni sebab, dalam konteks farmasi, rheology dia tak berapa bagus. cream dia susah gila nak sapu. lambat nak absorb. makin disapu, makin putih muka aku. cemana eh aku nak cerita? bukan putih yg nampak fair tu, tapi putih sebab krim tu lambat nak absorb dalam kulit aku. so, apa yg aku buat ialah aku kena dab moisturizer atas muka aku. aku tak gosok. just dab sampailah putih2 tu hilang. moisturizer ni buatkan kulit aku matte. dia tak berminyak. tapi lepas 4,5 jam. berminyak jugaklah muka aku ni. i guess semua moisturizer yang aku pakai memang macam tu.

next, aku akan pakai spot treatment ataupon ubat jerawat hehe. sebelum ni, aku pakai hiruscar gel. lepas tu pakai tea tree oil/gel. tapi aku rasa tea tree punya produk lambat berkesan. i want fasterrrrrr result okay. kalau boleh, nak dalam 1 malam terus hilang jerawat (Amboihhh overr).HAHA. aku sekarang pakai benzoyl peroxide gel. before ni aku pakai yg concentration 2.5% from Paula’s choice, and sekarang aku dah pakai yg 5% from galderma (lagi murah lol).

20171123_174728

hambek hangg gambaq besaq gedabak. ni concentration 2.5% from Paula’s choice. memang pricey harga dia. ini cuma trial size tau. tapi tahan berbulan2 sebab aku pakai dkt bahagian yang berjerawat sahaja. pakai BP ni, memang jerawat aku terus kecut bila bangun pagi esoknya tu. agaknya jerawat aku terkejut ada askar datang attack dia. dah hampir 3 bulan aku pakai 2.5%, sekarang aku upgrade kepada 5%.

IMG_20180216_202642_651

haaa yang ni BP 5% from galderma. for those yang tak tahu, benzoyl peroxide ni ialah OTC product dimana you boleh beli dekat farmasi tanpa prescription. cari je dekat rak2 dalam watson or guardian, mesti ada. BP ni bertindak sebagai antibacterial where it acts on P. acne iaitu bacteria yang menyebabkan jerawat. bacteria tak develop resistance towards BP compared to other topical antibacterial. so, it is a better choice lah. tapi, side effect BP ni ialah skin dryness and boleh bleach pakaian. so far, baju aku tak luntur lagi warna haha. tapi skin dryness tu aku boleh nampak, kulit aku mengelupas. then, moisturizer is needed to save me ngehngehngeh.

BP from paula’s choice and galderma ni dua2 ialah gel type. tak greasy, dan tak nampak putih2 atas kulit. so boleh pakai di siang hari kalau nak jalan2.

next, ini step paling pennnntingggggg dalam skincare.

SUNSCREEN/SUNBLOCK

okayh kenapa aku cakap penting? sebab kulit kita terdedah dengan cahaya matahari setiap hari. dalam cahaya matahari, ada UV rays iaitu UVA, UVB and UVC. beza setiap UV ni ialah dari segi wavelength dia. UVA paling panjang wavelength > UVB > UVC. maksudnya, UVA boleh penetrate sampai ke kawasan dermis kulit. UVB penetrate sampai ke epidermis. UVC is the shortest. so, dia akan di absorb oleh ozone layer dan tak penetrate ke kulit.

Diagram. The Ultraviolet (UV) light that penetrates our skin is made up of two types of radiation, UV-A rays and UV-B rays. Diagram shows UV-B rays penetrating the top layers of skin, while UV-A rays penetrate deeper. Image copyright medmovie.com.

ini gambar from website FDA

UVA menyebabkan cepat aging dan wrinkle while UVB yang menyebabkan burn. ingat macam ni:

UV (A)ging

UV (B)urn

 

UV rays juga menghapuskan natural antioxidant dekat kulit kita.

Untitled.png

ini adalah list antioxidant yang memang dah ada dalam kulit manusia.

Untitled 1.pngso, bila antioxidant tak ada, free radicals akan terjadi yang boleh menyebabkan banyak masalah dkt kulit.

Image result for antioxidant on skin

salah satu kesan free radicals ialah boleh lead to DNA damage. then, skin cancer boleh berlaku. maka sebab itulah pentingnya sunscreen ni.

so i will tell you types of sunscreen. ada 2 jenis sunscreen iaitu physical dan chemical suncreen. physical suncreen ni contohnya zinc oxide dan titanium dioxide. kalau chemical sunscreen contohnya homosalate dan oxybenzone. aku tak tau kenapa zinc dan titanium dioxide dipanggil physical sunscreen sebab depa dua tu pon sejenis chemical jugak. ???

untuk physical sunscreen, ia boleh menyebabkan white cast on the skin. boleh nampak putih2 bila pakai. so, kalau rasa nak nampak putih sementara, boleh lah pakai sunscreen jenis ni haha. while chemical sunscreen dia tak tinggalkan white cast on our skin. minah2 salleh ramai yg tak suka effect white cast tu (based on testimoni yang aku baca). ok. important notes for those yang nak pakai chemical sunscreen: IT CAN CAUSE STINGING EFFECT. yep especially kalau kulit sensitif.

so, aku guna Paula’s choice sunscreen macam kat bawah ni:

 

broad spectrum with SPF 30.

IMG_20180221_201507_713

so, berdasarkan active ingredients, sunscreen ni category chemical. i tell you lah, first time aku pakai sunscreen ni, pedih nak mampos.  dia pedih macam hang baru lepas pegang cili padi, lepas tu hang pi tenyeh tangan hang dkt muka. rasa panas semacam. tapi lama2, kulit aku dah boleh adapt.

minimum spf yg boleh guna dgn cuaca malaysia ni ialah SPF 30. nak pakai SPF lagi tinggi pon boleh. tapi you all kena ingat, lagi tinggi SPF, lagi berminyak formulation sunscreen tu. and boleh menyebabkan clogged pores. so better pakai yg rendah je sebab kita still kena apply balik sunscreen tu after 3 or 4 jam. tak bermakna kalau kita pakai SPF tinggi, kita tak payah apply balik sunscreen. another tips is cari yg tulis broad spectrum. kalau tak, dkt label tu dia tulis PA++. lagi banyak (+) lagi better UVA protection. hokay paham ke idok? dan sunscreen ni kena apply banyak kali tambah2 lagi kalau kita dekat pantai dan banyak terdedah dengan matahari. you all tak nak kulit muka you all kedut sebelum usia kan? hehehe

the best anti-aging product is sunscreen.

okay. setakat ni je aku update pasal my morning routine. nanti next entry aku tulis pasal night routine pulak.

xoxo

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s