Sabah Trip

assalamualaikum w.b.t

so harini aku nak cerita pengalaman bercuti kat sabah masa cuti sem lepas. dah lama aku berhajat nak pi sabah. kalau boleh, nak honeymoon kat sabah. tapi memandangkan aku dah sampai sabah, so nanti honeymoon kat tempat lain la ye? kekekekeke

aku pi dgn 2 orang kawan aku; mira dan anati. tiket kami beli awal bulan jun or julai 2017 macam tu masa air asia buat promotion. dah la masa tu tgh final exam. lepas tu kalut pulak nak beli tiket flight hehe. so, kami bertolak ke sabah pada 26 januari 2018 sampailah 30 januari.

ikutkan waktu asal, flight depart pukul 12.30 pm. tapi flight delayed wehhh. pukul 2 baru terbang. kami bertolak dari UiTM Puncak Alam naik grab. depart pukul 2, pukul 5 pm baru sampai KK airport. dah lah sabah gelap awal. dah sampai airport, tunggu kereta sewa pulak. dalam pukul 6pm jugaklah baru gerak ke kundasang. kalau nak pi kundasang, better jangan pi petang2. nanti malam baru sampai. dah lah jalan gelap takdak lampu. kami sampai kundasang pukul 9.30 pm. ketaq gak la nak sampai homestay kami tu wehh dgn jalan teruk, takdak lampu jalan, kabus tebal… ishh seremmmm.

dekat kundasang, kami stay di Hounun Ridge Farmstay and Camping. yang viral dekat FB tu.. Kami booked bilik bulan 12 dekat contact person dia; mr john. Hounun ni terletak dekat Kampung Bundu Tuhan. dengar nama pon macam dah mistik haha. kampung tu aku rasa 99% bukan muslim penduduk dia. dari KK ke Kundasang, jalan dia straight je.. kalau nak masuk hounun, kena belok kanan sebelum sampai kundasang. maka bermulalah pengalaman memasuki alam lain. kau faham tak perasaan dia bila tgh drive atas jalan raya yg banyak kereta…

tiba2 kau belok ke jalan lain…

masuk ke sebuah perkampungan asing…

tiada lampu jalan…

 gelap gelita….

hujan renyai-renyai…

kabus tebal…

anjing berkeliaran…

jalan berlubang-lubang..

nampak orang minum arak…

tak ada satu pun kenderaan yang lalu…

sunyi sepi….

kau boleh rasa tak apa yang aku rasa?

SERAM GILA WEH……

macam ni lah rasa dia.. gelap gelita. hanya tawakal je lah kami 3 orang malam tu.

akhirnya, kami sampai jugak dekat hounun. bila sampai tu, bukak je pintu kereta.. terus anjing menyalak. menggelupur sorang2 dalam kereta takut nak keluar. hahahhaha. aku keluar dari kereta paling last sebab anjing menyalak sebelah seat aku. hampeh betul.

lepas dah berjaya turun dari kereta, kami pi dkt kaunter utk check-in. hounun ni macam sebuah banglo besar 2 tingkat. bilik tak banyak. dorm pon ada utk yg bajet rendah. tapi toilet utk dorm ni dkt luar lah. bukan dalam bilik. yg tempah bilik je ada siap toilet.

kami ambik bilik berbalkoni. towel, kettle dan cawan disediakan dalam bilik. aircond or kipas memang takdak sebab dah cukup sejuk dah aku rasa bilik tu. tv pon tak ada dalam bilik. kalau nk tgk tv, kena pi dkt lobi. iron pon disediakan dekat lobi. ada kafe kecik dekat bahagian belakang banglo ni. kalau rajin, boleh bawak raw food and masak dkt situ. kalau nak order pon boleh.

WARNING: air panas dia tak terlalu panas. so, still rasa menggeletar jugak bila mandi hahah. air paip sinki memang sejuk yakmat. macam ais. rasa kebas muka hahah.

utk dinner malam tu, kami beli siap2 KFC dkt airport and makan dkt hounun. malam di kundasang sangat sunyi tambah2 lagi area bundu tuhan. susah nak cari kedai makan.

lepas makan, terus tidur. penat.

20180127_180159

depan bilik

20180127_181854

TV di ruang lobi

20180127_181904

chandelier lobi

20180127_214325

tempat iron baju

LRM_20180127_215726

pintu utama nak check in

Pic_2018_01_27_06_11_41

pemandangan dari bilik kami

Pic_2018_01_27_21_43_57

kawasan lobi

Pic_2018_01_28_06_35_37

dari depan

Pic_2018_01_28_06_38_49

tu bilik kami yang bawah tuuu

Pic_2018_01_28_06_48_16

so, itulah serba sedikit tentang hari pertama sampai di kundasang.. nanti aku sambung next entry.

Advertisements

Skincare Routine part 2

ok haritu dah story pasal morning skincare routine. now lets talk about my night routine.

so, basically lepas seharian berpeluh, debu2 pon melekat dekat muka, aku kena buat double cleansing lah cerita dia. double cleansing ni famous eh sekarang. so, aku gunakan 2 jenis cleanser: oil cleanser and water-based cleanser.

for oil cleanser, aku gunakan Biore Oil Cleanser

20180221_201209.jpg

taraaaa.. bau dia macam bau apple. so, time muka tengah kering, aku cuci muka guna minyak ni. guna dalam lebih kurang 2 pump. urut2 muka, cuci2, lepas tu bilas dengan air. dia akan jadi milky bila terkena air. lepas tu baru guna water-based cleanser iaitu T3 cleanser yg aku dah cerita dkt part 1. baru lah muka rasa clean.

then, pakai toner clinelle. sama je macam dkt part 1.

lepas pakai toner, aku pakai chemical exfoliant. ok. chemical exfoliant terbahagi kepada 2 iaitu Alpha hydroxy acid (AHA) dan Beta hydroxy acid (BHA).

AHA ni sifat dia ialah water soluble. so, dia acts on skin surface. dekat atas lapisan kulit je. dia tak masuk dalam pores. kalau BHA pulak, dia ialah oil soluble. dia akan penetrate dalam pores. so senang lah nak cuci2 jerawat or clogged pores. so aku guna AHA dan BHA from Paula’s Choice.

note: AHA and BHA need acidic pH to act effectively.

IMG_20180221_201603_501.jpg

this one is AHA. it contains glycolic acid. antara jenis2 AHA yg lain ialah lactic acid dan gluconic acid (gluconolactone). ok sebabkan pH dia ialah between 3.5-3.9, so you will feel a bit tingling when applied on your face. tapi, jangan lah letak kalau kulit tgh dalam keadaan luka or open wound, or baru lepas picit jerawat. sebab rengsa ya ampun!

for BHA pulak, i use this:

IMG_20180221_201645_945.jpg

Salicylic acid is a type of BHA. dia bertindak sebagai keratolytic agent dan anti-inflammatory. so dia akan penetrates pores and kurangkan kemerahan time jerawat. yg ni pon acidic jugak. first time aku pakai, kulit dkt jari aku mengelupas dasyat jugak. (Sebab apply pakai jari lol). yg ni ialah best selling product from Paula’s Choice. ibarat holy grail la orang cakap haha.

tapi aku tak pakai dua2 ni serentak ok. kalau harini pakai AHA, esok pakai BHA pulak. cenggitu lah.

lepas pakai acid, aku pakai serum. jeng jeng jeng

20180209_181857.jpg

this is from The Ordinary.

alpha arbutin 2% + hyaluronic acid. alpha arbutin ni sejenis compound yg terbukti boleh brighten kulit, kurangkan hyperpigmentation. hyaluronic acid pulak sebagai humectant (moisturizer). so, siapa2 yg nak kurangkan kesan sunburn or parut jerawat bolehlah try this serum. dia sticky sikit lepas apply.

lepas serum, bolehlah pakai moisturizer (sama macam morning routine), and lepas tu apply ubat jerawat. kalau aku pakai benzoyl peroxide, aku akan apply sebelum pakai moisturizer. tapi kalau aku pakai nixoderm, aku apply lepas pakai moisturizer sebab nixoderm is an ointment. dia greasy.

then, pakai lipbalm utk hydratekan bibir. lepas tu, baca doa tidur and mimpi indah 😀