Sabah Trip

assalamualaikum w.b.t

so harini aku nak cerita pengalaman bercuti kat sabah masa cuti sem lepas. dah lama aku berhajat nak pi sabah. kalau boleh, nak honeymoon kat sabah. tapi memandangkan aku dah sampai sabah, so nanti honeymoon kat tempat lain la ye? kekekekeke

aku pi dgn 2 orang kawan aku; mira dan anati. tiket kami beli awal bulan jun or julai 2017 macam tu masa air asia buat promotion. dah la masa tu tgh final exam. lepas tu kalut pulak nak beli tiket flight hehe. so, kami bertolak ke sabah pada 26 januari 2018 sampailah 30 januari.

ikutkan waktu asal, flight depart pukul 12.30 pm. tapi flight delayed wehhh. pukul 2 baru terbang. kami bertolak dari UiTM Puncak Alam naik grab. depart pukul 2, pukul 5 pm baru sampai KK airport. dah lah sabah gelap awal. dah sampai airport, tunggu kereta sewa pulak. dalam pukul 6pm jugaklah baru gerak ke kundasang. kalau nak pi kundasang, better jangan pi petang2. nanti malam baru sampai. dah lah jalan gelap takdak lampu. kami sampai kundasang pukul 9.30 pm. ketaq gak la nak sampai homestay kami tu wehh dgn jalan teruk, takdak lampu jalan, kabus tebal… ishh seremmmm.

dekat kundasang, kami stay di Hounun Ridge Farmstay and Camping. yang viral dekat FB tu.. Kami booked bilik bulan 12 dekat contact person dia; mr john. Hounun ni terletak dekat Kampung Bundu Tuhan. dengar nama pon macam dah mistik haha. kampung tu aku rasa 99% bukan muslim penduduk dia. dari KK ke Kundasang, jalan dia straight je.. kalau nak masuk hounun, kena belok kanan sebelum sampai kundasang. maka bermulalah pengalaman memasuki alam lain. kau faham tak perasaan dia bila tgh drive atas jalan raya yg banyak kereta…

tiba2 kau belok ke jalan lain…

masuk ke sebuah perkampungan asing…

tiada lampu jalan…

 gelap gelita….

hujan renyai-renyai…

kabus tebal…

anjing berkeliaran…

jalan berlubang-lubang..

nampak orang minum arak…

tak ada satu pun kenderaan yang lalu…

sunyi sepi….

kau boleh rasa tak apa yang aku rasa?

SERAM GILA WEH……

macam ni lah rasa dia.. gelap gelita. hanya tawakal je lah kami 3 orang malam tu.

akhirnya, kami sampai jugak dekat hounun. bila sampai tu, bukak je pintu kereta.. terus anjing menyalak. menggelupur sorang2 dalam kereta takut nak keluar. hahahhaha. aku keluar dari kereta paling last sebab anjing menyalak sebelah seat aku. hampeh betul.

lepas dah berjaya turun dari kereta, kami pi dkt kaunter utk check-in. hounun ni macam sebuah banglo besar 2 tingkat. bilik tak banyak. dorm pon ada utk yg bajet rendah. tapi toilet utk dorm ni dkt luar lah. bukan dalam bilik. yg tempah bilik je ada siap toilet.

kami ambik bilik berbalkoni. towel, kettle dan cawan disediakan dalam bilik. aircond or kipas memang takdak sebab dah cukup sejuk dah aku rasa bilik tu. tv pon tak ada dalam bilik. kalau nk tgk tv, kena pi dkt lobi. iron pon disediakan dekat lobi. ada kafe kecik dekat bahagian belakang banglo ni. kalau rajin, boleh bawak raw food and masak dkt situ. kalau nak order pon boleh.

WARNING: air panas dia tak terlalu panas. so, still rasa menggeletar jugak bila mandi hahah. air paip sinki memang sejuk yakmat. macam ais. rasa kebas muka hahah.

utk dinner malam tu, kami beli siap2 KFC dkt airport and makan dkt hounun. malam di kundasang sangat sunyi tambah2 lagi area bundu tuhan. susah nak cari kedai makan.

lepas makan, terus tidur. penat.

20180127_180159

depan bilik

20180127_181854

TV di ruang lobi

20180127_181904

chandelier lobi

20180127_214325

tempat iron baju

LRM_20180127_215726

pintu utama nak check in

Pic_2018_01_27_06_11_41

pemandangan dari bilik kami

Pic_2018_01_27_21_43_57

kawasan lobi

Pic_2018_01_28_06_35_37

dari depan

Pic_2018_01_28_06_38_49

tu bilik kami yang bawah tuuu

Pic_2018_01_28_06_48_16

so, itulah serba sedikit tentang hari pertama sampai di kundasang.. nanti aku sambung next entry.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s