Sabah part 2

selamat pagi. harini bangun awal nak sahur. puncak alam hujan lebat. angin pon kuat. terus teringat suasana dekat sabah. masih ingatkah anda dengan cerita sabah part 1 saya yang penuh dengan onak ranjau dan duri itu? HA.HA.HA.

sekarang aku mau sambung cerita part two pulak bah.

okeh. hari kedua di sabah dimulakan dengan bangun pukul 5 pagi. bila bukak langsir bilik, walawehhhh aku terkesima jap sebab nampak banyakkkkk sangat bintang-bintang di langit yang cantik gila punya cantik. taktau la cemana nak describe kecantikan tu. bintang-bintang tu nampak sangat dekat dengan kita. sumpah lawa! terus aku menjerit-jerit keriangan lantas mengejutkan kawan-kawan aku yang tengah tidur hahaha. bila excited, jangan excited sorang-sorang. kekeke. aku  pon terus keluar bilik nak ambik gambar bintang tu. tapi, sebab pakai kamera samsung yang tak boleh nak adjust manual, so, tak nampak gambar bintang tu dalam phone aku 😦

maka, aku pon masuk bilik dan solat. astaghfirullah. agaknya sebab utamakan bintang daripada tuhan, itu yang tak nampak bintang dalam phone tu. heh.

pukul 6 pagi dah start cerah dah. jakun jap. so, aku anati dan mira keluar bilik nak tengok akinabalu. walawehhh sekali lagi terpegun first time nampak gunung kinabalu depan mata sendiri. dia punya excited tu…..

kau tau tidak betapa bangganya aku sebagai rakyat malaysia bila tengok sama itu akinabalu. hergh. cannot describe that feeling.

Pic_2018_01_27_06_27_42

apa kau tidak bangga malaysia punya gunung kinabalu yang berdiri gah ini? 

at the same time, kami tunggu sunrise. sekali lagi terpegun (ya Allah.. berapa kali nak terpegun ni?). punya lah lawa sunrise diaaaa. dengan nampak awan baru nak naik. ceh padahal dekat rumah pon ada sunrise, kau tak terpegun pon paan?

lepas dah penuh phone dengan gambar sunrise, pagi tu dalam pukul 7.15, kitorang terus gerak ke Desa Dairy Farm. nak pergi situ kena datang awal sebab parking limited. masa on the way ke kundasang, tak habis-habis lagi ambik gambar gunung. haha. jakun tak habis lagi weh.

kami sampai dalam pukul 8.10 am, kereta dah start nak penuh. lagipun kena datang cepat sebab nak tgk gunung dari dekat. (lol. apakah kau lupa di sana juga ada lembu??)

tapi, lembu tak keluar kandang lagi pagi tu. cedih 😦 yang ada hanyalah bau lembu haha. gunung pon cantik sebab awan tak tutup lagi. penuh lagi phone aku dengan gambar dkt situ. 20180127_071755

sempat lagi keluar sinaran nur dari muka sebelum ke desa dairy farm

20180127_08251820180127_08411720180127_09103720180127_09113420180127_094037

erghhh gelato dia sedap wehhhhhhhh. WAJIB.BELI. ok. aku dah mengidam balik.

lepas tu, kitorang terus gerak ke kundasang war memorial. dalam memorial ni tak banyak sgt benda yang best pon. just melawat macam tu je lah.

20180127_09541820180127_100804

ada satu benda yang aku nak cerita pasal kundasang ni. CHICKEN WINGS! ya allah sedap yakmat. (eh, apabenda je yang tak sedap dekat mulut aku ni?) stall dia betul2 depan kundasang war memorial ni. dekat situ ada tamu minggu. macam pasar pagi lah. so, kitorang beli chicken wing utk simpan buat dinner nanti.

20180127_10184220180127_10185820180127_102548

adoii dah meleleh air liur aku niiiiiii bila tengok balik gambar cikin wing

 

hamboihh letih dah dok menaip dari tadi..

sambung nanti la ye. xoxo

Advertisements