Sambal lonti

Ok. Kali ni resepi sambal lonti. Aku pon tak tau nama sebenarnya apa. Tengok2, family aku panggil lonti ja. Lonti pon lonti lah. Jangan cik ponti sudah. Hekhek

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah
10 biji cili padi
Ikan bilis (ikut suka la nak letak banyak mana pon)
Sedikit Belacan
Sebiji limau nipis/kasturi

Cara2:

1. Basuh dulu ikan bilis. Kemudian goreng menggunakan minyak masak. Bila agak2 dah rangup, angkat dan ketepikan.

2. Minyak masak tadi buang ataupun letak dalam bekas yang lain. Sebab kita nak goreng cili, bawang dan belacan tanpa minyak. Ok paham?

3. Goreng cili padi, bawang merah dan belacan tanpa menggunakan minyak. Goreng sampai nampak cili tu macam dah layu. So boleh lah angkat.

4. Tumbuk cili, bawang dan belacan dalam lesung batu. Jangan lumat sangat. Nanti nak makan tak sedap.

5. Masukkan ikan bilis yg dah digoreng tadi dalam lesung batu dan tumbuk sekali dengan cili, bawang, belacan yg dah ditumbuk tadi.

6. Lepas tu bolehlah perah limau dalam sambal tu. Gaul rata.

Ok dah siap!. Hehe. Simple saja. 

image

image

Posted from WordPress for Android

roti daging berkeju

ROTI DAGING BERKEJU

  1.  Daging kisar (200g )
  2.  Bawang Besar – Dihiris (1 biji )
  3.  Bawang Putih – Dicincang (2 ulas )
  4.  Halia – Dicincang (1/2 inci )
  5.  Celery – Dipotong Dadu (1 batang )
  6.  capsicum merah – Dipotong Dadu ( 1/2 biji )
  7.  serbuk kari – Dibancuh dgn sedikit air ( 2 camca besar )
  8.  minyak masak/butter utk menumis (secukupnya)

Bahan-bahan lain :
1) aluminium foil saiz 8″ x 8″ (1 bekas )
2) roti putih Gardenia (6 keping )
3) telur (4 biji )
4) susu segar (4 camca besar)
5) Serbuk Lada Hitam (secukupnya)
6) Garam (secukupnya)
7) parutan keju mozzarella (1 cawan )
8) Daun parsley utk hiasan

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.

2. Masuk kan daging dan kacau hingga hampir masak.

3. Masukkan rempah kari, kacau biar sebati dengan daging.

4. Masukkan celery, capsicum dan gaulkan rata.

5. Kecilkan api dan biarkan campuran tadi hampir masak.

6. Sementara tu campurkan telur, susu dan serbuk lada hitam dan kacaukan sebati.

7. Susunkan roti ke dalam bekas aluminium foil

8. Tuangkan setengah daripada adunan telur + susu ke atas lapisan roti dan biarkan meresap di roti.

9. Tutupkan api daging dan tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan roti dan  ratakan

10. Taburkan keju memenuhi lapisan daging.

11. Tuangkan baki campuran susu + telur tadi.

12. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 30minit/masak

13. Keluarkan dan potong utk dihidang.

2013-04-28 16.50.45

amacam? air liur meleleh leleh

p/s: masa aku masak, halia dan bawang putih tu aku tumbuk sampai hancur sebab aku tak suka rasa halia. keju mozarella tu tak payah nak mozarella sangat. nak buat makan je pon bukannya nak buat hias. huh. so, pakai keju biasa ja. potong kecik2. and daun celery aku tak masukkan sebab kat rumah tadak stok. hekhek.