HOSPITAL TRAINING -PART 1

Salam semua.. memandangkan aku ni bekas student diploma farmasi (cewahh) yg tgh tunggu nak masuk degree September ni, kat sini aku nak cerita pasal experience aku berpraktikal di hospital selama 10 bulan. Hahh memang lama. Dah nak setaraf PRP (1 tahun) dah praktikalnya. Haha. PRP is Provisionally Registered Pharmacist (fresh graduates with Degree in Pharmacy)

Aku student pharmacy UiTM. Total belajar diploma is 3 years. 4 sem belajar dan 2 sem praktikal. Aku start praktikal 4 Jun 2013 (tahun lepas) dan habis 4 April 2014. Nampak macam lama kan? Tapi kejap ja aku rasa. Rasa baru semalam ja aku blur2 dekat hospital. Haha

So, let’s start. Masa mula masuk of course akan ada orientasi. Tapi orientasi cuma 2 hari ja. Bagi briefing sikit then melawat sekitar pharmacy lepas tu terus kerja macam biasa. Opps lupa nak bagitahu, aku praktikal di Hospital Seberang Jaya, Penang. Ok kat sini, kami dibahagi kepada 8 units pharmacy :-

       Outpatient Department (OPD)

       Manufacturing/Galenical

       Total Parenteral Nutrition (TPN)

       Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)

       Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

       Health Clinic (KK)

       Inpatient Pharmacy (IPD/WS)

       Integrated Store

Ok, aku start dgn manufacturing. Semua org dibahagikan tugas. Aku masuk manufacturing, kawan aku yg lain ada masuk opd, tdm, cdr and tpn. And nanti akan rotate la unit tu. Bukan semua sekali dia sumbat masuk dalam satu unit.

Di manufacturing, ada dua bahagian. External dan internal preparation. aku belajar macam mana nak sediakan ubat iaitu proses pembuatan lotion, krim, ubat minum dan lain-lain. so the flow begins with: setiap pagi, masuk ja kerja pukul 8, mesti ambik suhu sekeliling dan rekod. Kejap je dlm 5 minit. Lepas tu,rendam semua apparatus yg nak guna utk buat ubat dalam air panas lebih kurang 10 minit. Tujuan nya nak hilangkan kuman2 yg ada gitew. Bila dh 10 minit, angkat brg2 tu dan keringkan. So, dah boleh pakai PPE; ex gown, mask, gloves. Kasut kat sini pakai selipar ja. So, kaki aku lega la sikit tak payah terperap pakai kasut tutup ja. Hehe

Utk external prep, dalam pukul 9 pagi, akan ada indent lotion dari wards, unit2 dalam hospital contoh: dewan bedah ke, hemodialisis, makmal ke apa ke. Mereka akan hantar indent lotion melalui buku indent dan hantar sekali botol2 untuk refill lotion. Lotion yg aku maksudkan bukan lotion yg guna nak sapu kat tangan macam lotion baby tu hahaha. Ni lotion utk kegunaan dressing pesakit, ataupon disinfectant. Contohnya Hydrogen Peroxide, Formalin and so on. So, kami kat farmasi akan rekod berapa jumlah lotion yg kena buat, dan start buat kertas kerja, buat calculation, dan prepare chemical substances yg kena guna nanti. Selalunya seorang ja  yg buat lotion tu, seorang lagi tolong tutupkan botol dan sorang lagi tag kan expiry date, and PPF U32 akan check lotion yg dah siap bagi betul dan pegawai farmasi akan sahkan rekod lotion tu. Bila dh habis isi lotion, kami kena ambik sample lotion dan simpan utk observe physical condition lotion tu. Samada berlaku microbial growth ke apa. Lepas siap semua, bolehlah hantar balik lotion tu ke unit2 yg memesan.

For internal prep, kita prepare ubat yg boleh diminum contoh Ammonium & Ipecanchua Mixture (ubat batuk), Folic Acid Syrup, Potassium Chloride mixt dan lain-lain. Kat internal, cleanliness is the most important thing. Gowning yg kita pakai utk external prep tak boleh pakai waktu internal prep. So kena tukar lain. Kami sediakan ubat utk bekalan OPD, IPD, dan juga klinik2 kesihatan and hospital luar. Di external pon ada juga sediakan bekalan utk hosp luar.

Lepas siap semua preparation, petang tu, bolehlah kita buat prepacking medication. Dalam melayunya, kita pack ubat yg datang dgn botol2 besar ke dalam bekas kecil2. Terasa lagi panasnya Methyl Salicylate ointment, busuknya bau Sulphur. Haha kalau tak da prepacking, kita prepare cream ke ointment ke. Macam tu lah sikit sebanyak kerja di manufacturing pharmacy. Aku suka masuk unit ni, sebab relaks, tenang tak kelam kabut. Kenapa aku cakap macam tu? Haaaa tunggu next entry aku pasal OPD. Hehehehe *gelak jahat*

 Image

Prepacking NaHCo3 powder 🙂

Image

antara ubat2 yg available di internal preparation

Advertisements

MEDAN- DAY 6, 27/3/2014 KHAMIS

fuhh finally it comes to the end. penat nau aku tunggu nak taip 6 hari cerita kat medan ni. 

so, memandangkan dah hari terakhir kami kt medan, pagi tu, kami breakfast soto medan. kedai tu nama sinar pagi. memang ramai gila customer dia. aku ingatkan soto medan sama je la macam soto malaysia, tapi lain. lain terus! kat sana, soto dia warna hijau makan dgn nasi. pergh terangkat, sedap gilaaa. ditambah lagi dengan bergedel, sambal cili pedas dan isi ayam sama teh panas, memang berpeluh makan soto tu. haha. aku siap tambah nasi lagi.

lepas makan, kami jalan2 sekitar medan, first pergi ke Masjid Raya, masjid tertua di Medan. 

Image

then, kami pi shopping beli tshirt dan cenderahati. aku rimas betol dgn org2 indon yg suka berniaga tepi kita. paksa-paksa beli. cakap itu murah la, ini murah la. 

lepas shopping, kami singgah di Istana Maimun, masuk dalam istana tu kena bayar. tp dalam tu tadak kipas or aircond, panas dia tuhan je yang tahu. 

Image

 

Image

 

kat dalam ni jugak kita boleh sewa nak pakai baju diraja untuk bergambar. tp, memandangkan panas gila dalam ni, aku tk jadi lah nak pakai. huahua

lepas dh penat meneroka medan, kami balik ke hotel utk check out. takut terlebih masa. tengok2, memang dah lebih pon. kad bilik dah kena block 😦 so terpaksa lah mintak tolong dkt receptionist. bila dh dpt kad baru, kemas2 barang, terus check out. pak rizal bawak kami lunch makan kari kepala ikan. kedai makan dia macam tersorok sikit, so kalau lalu, mesti takkan perasan. bagi aku, masakan dia takdak lah sedap mana (eh ke sebab aku tgh mood nak balik penang? hehe) ada petai, jering, sambal belacan. style kampung punya makanan. sambal belacan dia sebiji macam mak aku buat haha

lepas dh kenyang, memandangkan flight pukul 6.45 ptg, so ada masa lagi, kami jalan2 tengok burung di tasik. aku tatau apa nama tempat tu, tp dia macam tasik dan ada banyaaaak sangat burung kat situ. kat situ pon ada temple yang besar gilaaaaa. memang besar. and situ jugak kawasan perumahan Elit. so boleh lah tgk rumah yg sangat lah besar dan cantik dan elegan dan fuhh. 

then terus ke airport kuala namu. maka habislah travelog kita ke medan hehe. thanks pak rizal atas service anda. nanti2, bisa datang medan lagi, mau makan soto enak lagi. hehe

Image

 

Akhirnya kami sampai Malaysia pukul 8.30 malam (waktu malaysia). 

 

Image

 

Thanks Medan, Indonesia. ketemu lagi.

BYEEEEEE!!!! 🙂

MEDAN- DAY 5, 26/3/2014 RABU

so, pagi rabu macam biasa breakfast dulu kat hotel, hajat hati nak makan lagi pancake sedap dia, tapi takdak. dia sedia menu lain 😦 walaupon makanan kat hotel indon ni tak berapa kena dgn taste aku, aku sembat jugak. as long as perut kenyang, aku kisah apa sedap ke dak makanan tu. haha. terus check out hotel. 

the journey continued. kami jalan2 sekitar brastagi. sini kawasan bukit. lebih kurang macam cameron highland la. ada kebun sayur. paling teruja tengok kobis besaq habaq hang, standard size bunga rafflesia. kembang mekar aumm aumm 😉 lagi satu cili kat brastagi ni panjang2, tak macam cili malaysia. kat brastagi ada pokok pine weh. tinggi2 pulak tu. 

lepas tu, terus balik ke Medan. aku macam biasa la tidur dalam kereta, takut muntah. lama jugak la nak sampai medan pon. kami check in di hotel Grand Angkasa. 5 stars uolls. masa hari tu, ada kedatangan menteri apa entah di hotel tu. dan pada masa yg sama, haritu jugak presiden indonesia datang Medan. so, jalan sana sesak habis. pak polisi dan askar merata-rata. 

Image

 

Image

besar kan bilik dia. depan tingkap bilik ni ada gym, so nampak la abang2 sado tgh exercise hehe

dalam semua hotel yg aku check in, hotel ni ja yg ada bath tub. dan kalau ada calar dekat barang dalam bilik ni, masa check out nanti kena bayar denda. ceyt. tp aku tengok banyak ja calar dia =,=

kami lunch di restoran seafood di medan. Nama dia Lembur Kuring. 

Image

Image

auuwwww sedapnyaaa. ada ketam, ikan bakar, kepah, udang, terung goreng, air jeruk kelapa, and jus sawi nenas. marvellous meletop2 sedap! 

harga boleh tahan dalam Rp 320,000 rasanya. (ke lebih???)

lepas dah kenyang, kami ke Carefour medan. jalan2 cuci mata situ. sempat lagi melantak esteller lagi sekali. kakak aku punya pasal la ni. aku still kenyang makan seafood td. esteller aku tak boleh habiskan sorang. last2, aku bg kakak aku perabis. perut aku dh tak boleh masuk dah. haha

last2, balik hotel terus boomm. esok dah nak balik malaysia. yeeha! 

MEDAN- DAY 4, 25/3/2014 SELASA

ok hye hye hyeeeeee amboi sebulan tak update blog sibuk keeeeee

so continue cerita medan kita hari ke 4. kami check in di Mikie Hotel and Resort, Brastagi. cuacanya sejuk banget! sampai ke tulang sejuknya. bilik kat sini pon sama mcm niagara. tadak aircond dan juga takdak kipas (tp niagara ada kipas). sejuk semulajadi. 

Image

nilah bilik dia. tu yg tgh berposing atas katil tu nama dia alya. tengok hiasan belakang tu. it’z a rock time yeyeahh!!

ok la bilik ni, ada tv, shower, almari, plug semua cukup. 

Image

dia ala-ala resort. eh dah nama pon resort kan? haha. depan bilik aku ni ada buaian. situ je lah selalu wifi laju. dalam bilik tak dapat sangat. so pagi2, aku mmg naik buaian tu nak online. pergh tahan sejuk je lah 🙂

hotel ni pon ada water park. tapi, kami silap booking, sebab park dia bukak time cuti sekolah. masa kami pi tu, memang la malaysia dah cuti, tapi indonesianya belum cuti lagi pak huhu 😦

then, pagi lepas breakfast kat kafe dia (pancake situ sedappppp sangat) pergi main dkt swimming pool situ. 

Image

inilah pool dia. nampak en amin tgh menggigil kesejukan kat sebelah tu? haha walaupon cuaca panas, tetap sejuk.

dalam pukul 11 pagi, pak rizal bawak kami ke bukit Gundaling. ada sejarahnya pasal nama gundaling ni, search je la aku malas nak tulis. haha. kat situ, kami boleh tgk Gunung berapi Sinabung yg baru meletus tahun lepas dan ada lagi gunung berapi ex: gunung Sibayak.

Image

tu lah gunung sinabung. nampak ke tak? aku sure tak nampak. kamera cikai je. memang tak nampak. depan mata nampak clear. ada jugak org ambik gambar kami berlatarbelakangkan gunung ni. sekeping aku tk ingat harga dia hahah. tupon kalau hampa nak beli la gambar ni. 

Image

belakang patung nii tu lah gunung berapi sibayak. 

so lepas pusing2 bukit ni, kami terus lunch di Green Garden Hotel. yg paling best sini of course terung goreng pedas. pergh meletops memang sedap. huarghh aku rindu medan 😦

Image

ada pecal jugak. ayam kicap dia terlalu manis bagi aku. kenyang haaa.

lepas tu balik hotel rest. petang tu, utk dinner kami makan di kedai makan depan green garden hotel tu. kat situ femes pecal lele. aku order nasi goreng special dia. memang special sebab makanan aku paling lambat sampai. haha. pulut kacau dia pon sedap. lembut. 

lepas dinner, kami ke hotspring di mana aku tatau. aku ikut ja mana pak rizal bawak. air panas kat situ datang dari gunung berapi. jalan nak masuk hotspring tu pon berliku-liku. yang bestnya, first time aku tgk ada perkampungan di kaki-kaki bukit. memang menarik. damai ja duduk situ. 

Image

nampak tak yg berasap tu? tu lah asap dr gunung tu. 

 

Image

rendam kaki ja sebab tak bawak baju spare nak mandi. bau sulphur dia kuat sangat. sini pon ada banyak kolam ikut kepanasan suhu. 

lepas dah huhahuha kat sini, terus balik hotel nak tidur. ponat 

 

MEDAN- DAY 3 : 24/3/2014 ISNIN

ok kita sambung hari 3 di medan. pagi tu, sebelum check out dr niagara, dan sebelum breakfast, aku, kakak, abg sepon (bro in-law), dan anak2 menakan apa lagi curi peluang nak bergambar keliling kawasan niagara tu. pergh superb cantik! 

Image

Image

Image

Image

Image

Image

ni sebenarnya nak lompat, tapi tak jadi la pulak hehhhh

Image

serius weyy rasa macam nak jerit kat situ, feeling2 dekat switzerland ngeh ngeh 😀

TENANG SANGAT, rasa tak mau balik.

Image

yg pakai sweater merah tu safya arina, anak menakan aku. sebelum dtg medan ni, dia demam campak. heh masa tu dah risau dah kot2 tak sempat sembuh, tak merasa la nak mai medan huahua

lepas merayau, terus pergi breakfast kat hotel. nasi goreng dia sedap. kat niagara ni, wifi laju dekat bawah je. dalam bilik hampeh tak dpt line. kat hotel ni pon tadak iron. sedih tau haritu pakai baju tak iron. nasib baik tak kedut. hehe. so, lepas makan, ambik beg dan checkout. tunggu pak rizal datang bawak kami ke sebuah pulau. 

jalan nak ke jeti pulau tu dinamakan bukit tonggeng hahaha. tau kenapa? sebab masa nak turun bukit, kan jalannya kena nonggeng! bak kata pak rizal kahkah. ok. kami nak ke Pulau Samosir, sebuah pulau perkampungan kaum Batak. nak ke sana, kena naik bot redah Danau Toba. jauh jugak la. dalam setengah jam macam tu. naik bot kena bayaran tapi aku tak ingat berapa. murah ja. dalam Rp 5000 kot seorang. 

Image

 

aku, safya, abang sepon, alya dan kak aku. 

Image

 

akhirnya kami sampai ke Pulau Samosir. ni peta pulau tu. menurut pak rizal, pulau ni lagi besar dari Singapore. 

Image

kami pon berjalan naik bukit. kakak aku sampai penat. haha tapi best jugak dapat exercise naik bukit ni. keliling jalan tu penuh dengan kedai2 cenderahati. dan orang2 batak ni, asyik panggil kami datang beli je. keychain lima kupang la, seringgit la. siap promote dalam ringgit malaysia lagi. pandai ye engkorang nak cari customerrr. ngeh ngeh. tapi kami buat tak layan je dengan depa. nanti kalau tengok, kang dia ikut kita suruh beli barang dia, tak pasal ja. 

ok. kami sampai ke makam raja Batak. kat sini, sebelum masuk, kami kena pakai selempang sebagai menghormati makam raja tu. 

Image

aku pakai warna biru. selempang ni ada perbezaan lelaki dan perempuan.

Image

ni la orang yg menceritakan segala asal-usul raja Batak, dari kecik sampaila ke mati. belakang dia yg berbatu2 tu, itu lah makam raja dan hulubalang2 dia. aku tak fokus sangat sebab tak minat sejarah2 ni, (sebab tu test sejarah masa sekolah dulu tak pernah dapat A. huahua)

lepas dah habis dengar cerita, dia bawak kami ke muzium raja batak

Image

tengok tu, pandai dia eja WELL COME 😉

famous la engkau si Tomok

Image

ni ialah rumah raja kaum batak. nak masuk situ, kena buang kasut dulu ye anak-anak.

kat dalam rumah ni, kita boleh tengok la semua peralatan milik raja Batak. meh layan gambar je lah

Image

 

keadaan dalam rumah. hehh rumah aku cantik lagi ;p gambar blur sikit ahh lantak la

Image

ni katil beradu raja batak

Image

trumpet pon hado? kelass kau jah. ni buat aku gian nak main balik ni. nasib baik tergantung kat atas. kalau kat bawah, aku tiup cepat2 bagi bising satu samosir. kehkeh

Image

ni patung anak raja batak tu, dia buat patung ni sebab dia rindu anak dia kot. entah aku tak ingat cerita dia. nama patung ni si Gale-Gale. maksudnya lemah gemalai sebab patung ni boleh menari. tapi masa kami dtg tu dia tak menari la. aku ingat nak ambik gambar dengan galegale ni tapi tak jadi. nanti tak pasal aku tidur malam, tetiba ada orang menari sebelah aku. gila scary

kemudian, kami singgah di sebuah kedai cenderahati. nak beli barang la sikit. aku beli baju utk anak2 menakan aku kat penang dan keychain utk kawan2. ada ke patut tuan kedai tu tanya tak bawak pakwe sekali ke datang medan? hehh engko ingat aku ni suka-suka hati je ke bawak pakwe holiday? nak kena pancung kepala dgn ayahanda? not in my dream hokeyh. haa kan dah mengamuk. huahua. pakwe pon tadak (sebab tu mengamuk. kahkah)

ok la lepas shopping, kami balik ke seberang naik bot lagi sekali. 

Image

kemudian, kami singgah di air terjun sipiso-piso sebab bentuk dia tajam macam pisau. air terjun ni unik. air keluar dari celah batu. tapi kat atas tu ada kebun-kebun sayur. mesti subur kan kebun situ. 

Image

 

kawasan sini berasap sikit sebab gunung berapi baru meletus bila entah. 

Image

yang pasangan sebelah kakak aku tu kawan dia lah. kak siti dan en amin. anak dia haikal. 

lepas tu. kami on the way nak ke berastagi. masyaAllah, jalan dia. lagi teruk. berpusing-pusing. kali ni, memang aku rasa nak termuntah dah, memang tak tahan. tapi nasib baik tak muntah. aku berjaya control. makan biskut, minum air banyak2. dan aku tidur je dalam kereta. jauh gila dalam 2 jam macam tu tahan nak termuntah. perut aku dah menggelegak dah. haha

so, kami singgah minum teh di restoran siantar,  simanggarunjung. restoran tu atas bukit. sejukkk! menu dia cuma teh, dan goreng pisang. yang femes kat situ teh halia. memandangkan aku asyik nak termuntah. aku order teh limau panas je. makan goreng pisang. tapi limau dia tak macam limau kasturi malaysia. bau limau tu tak kuat sangat. lapar punya pasal, order pisang goreng lagi sepinggan. kat sini, aku nak ambik gambar pon tadak mood sebab pening + nak muntah aku tak hilang lagi. 

then, teruskan perjalanan. aku ingat lepas makan pisang goreng tu, terus nak pi berastagi. rupanya pak rizal bawak kami lunch di satu kedai ni. dalam hati cuma dok fikir bila la nak sampai. aku dah pening dah ni huhu. kami sampai di sini!

tadaaaa

Image

 

sini, kita kena tangkap sendiri ikan di danau toba ni dan suruh pekerja kedai tu masakkan. 

Image

 

yang pakai jaket coklat tu pak rizal. aku masa ni tgh mood pening lagi. kalau tak, aku pon turun sekali tangkap ikan.

nak tau kami makan apa? jeng jenggg

Image

ikan talapia bakar 4 ekor, ikan emas seekor. aku dah la hantu ikan bakar. 

Image

 

yee ikan emas goreng. selalu tgk dalam sinetron je kan dongeng ikan emas ni. nah sekali dapat makan. memang sedap. hehe. rangup dan garing. tengok, sisik dengan sirip pon tak buang

Image

sambal kicap 

Image

sambal andaliman. pak rizal kata kalau melayu panggil sambal buah pala. ni cicah dengan ikan tadi. herghh aku lebih prefer sambal ni drpd sambal kicap sebab tak pernah jumpa kat malaysia. sedap wehh.. pedasss!

Image

pucuk ubi rebus. hishh semua enak-enak banget! 

masa ni, aku dah lupa habis rasa nak muntah aku sebab sedap sangat. huahua. lepas bayar semua, kami beli makanan ringan nak makan dlm kereta. aku beli air oren. so, kami terus ke berastagi. aku tidur je dalam kereta. 

so, akhirnya sampai ke berastagi. kami singgah di pasar buah. heaven gila pasar ni. banyak gila buah. especially avokado. kat penang, susah nak jumpa avokado ni. tapi aku tak beli pon. tengok2 je. 

kami makan jagung bakar kat sini. sedap jugak.

Image

Image

ni ah tante yg buatkan jagung tu.

Image

pasar berastagi

lepas makan, kami ke Mikie Hotel utk check in. ambik 2 malam kat sana.

to be continued

 

MEDAN 22/3/2014- AHAD

ok.. hello hello. kita sambung percutian di medan haritu. 

pagi ahad tu, lepas breakfast dkt swiss belinn hotel, terus check out. pak rizal bawak kami ke daerah Parapat. kat sana ada Danau Toba!!! tu yg syok tuu. cantik wey cantikk. perjalanan ke danau toba ambik masa 4 jam! dan 4 jam tu aku tak tidur langsung dalam kereta sebab nak tgk keindahan alam. haha

Image

 

copp. ni selfie dalam swiss-belinn sebelum check out 🙂

so, sebelum ke toba, kami singgah di kedai paten. aku pon taktau la paten tu apa tapi dia sebuah kedai yg jual makanan ringan macam kacang2 tu. kat sini, nama kacang tu pelik. tengteng, tingting, tongtong, pingpang, entah la banyak sgt hahaha

Image

 

ni la kacang2 tu. ada satu kacang ni warna hitam. yang tu paling aku suka tp tak ingat nama apa pulak

kakak aku dgn kawan dia ada la borong kacang2 ni. aku tak pon sebab tak berapa minat makanan ringan ni heheheh. so, lepas beli, terus pi lunch dekat sebuah kedai makan ni. sedapp banget!! nama kedai tu rumah makan beringin indah. menu special dia of course burung goreng! 

Image

 

burung goreng yang habis licin kami makan. 

Image

antara juadah yang dihidangkan. sampai2 je, pelayan akan hidangkan seeemuaaa lauk atas meja. kita tak payah order. ok kat sini, satu tips. makan apa yang kita nak makan je sebab kita bayar apa yang kita makan je ok. kalau rasa nak cuba2 je makanan tu, baik habiskan. kalau tak, rugi je makan sikit2 tapi kena bayar jugak. paling bagus, sebab dia hidangkan plain water setiap orang. tak payah mintak pon. 

aku for sure sambar sayur pucuk ubi dulu sebab favourite. hehe kampung2 sangat dengan sambal belacannya. perghh meleleh weyy

Image

ni pulak kita kena order. yg kanan tu jus avokado + matabir + sos coklat. ya Allah sedapp!! dengan pekat, lemak manisnya. phewww terbaik lah. aku tatau lah matabir tu apa. tapi sebutan dia macam tu lah. hahahah. yang kiri tu jus buah markisa + terung belanda. sedap jugak tapi aku lebih suka avokado.

haa puas makan sini. so, lepas kenyang perut, kami pon berangkat lah ke parapat. memang jauh. jalan dia pulak masyaALLAH. berpusing-pusing sebab jalan berbukit. dah tu, kecik pulak jalan dia. hutan je keliling. boring jugak. sepanjang perjalanan, masa melalui kebun getah di sana, paling terkejut, orang2 medan ni boleh berkelah dalam kebun getah. dah la gelap, lepas tu siap boleh makan2, berpicnic lagi. wahh caya lah. kalau kat malaysia, mau kena kejar dengan harimau dulu dekat kebun getah. hahah

ok akhirnya, kami sampai ke hotel Niagara. memang besar dan cantik hotel ni sebab atas bukit. dan bayarannya pon mahal jugak lah. hehehe. kami ambik bilik yang mengadap danau toba. memang cantik! 

Image

ni dalam bilik hotel

Image

bilik ni takdak aircond. sebab memang dah sejukkk. ada kipas je. 

Image

view dari bilik aku. cantik kan? yg macam laut tu lah danau toba. 

ok petang tu, kami pergi swimming dkt bawah, meriah gila. pool pon besar. tapi aku tak swimming sebab tadak baju spare. huahua. nak beli dekat kedai dalam hotel tu seluar tak menarik pon. aku cuma ambik gambar je. hehe

 

Image

cantik kan view dia? tambah2 aku yg jadi model, lagi la cantik. haha k 😉

Image

 

Image

aku malas nak cover2 cantik dalam gambar ni 🙂

Image

haaaaa segar biji mata tengok kecantikan kat sini. 

so, malam tu kami makan di kedai makan muslim. dekat2 je dengan hotel ni. servis dia pon mcm yg rumah makan beringin indah tu. makan apa yg kita nak makan je. kalau ikut kesedapan makanan, yg beringin indah lagi sedap. kat sini, ramai jugak orang malaysia yg makan malam tu. 

so, lepas je makan terus balik hotel nak rest. haaa penatttttt. ok sambung next entry.

 

MEDAN- DAY 1, 22/3/2014 SABTU

fuhhh akhirnya praktikal aku dah habis. yeayyy.

ok so, sini aku nak cerita sikit la pengalaman aku bercuti di Medan bulan lepas. praktikal aku habis 21/3, aku blah pi medan 22 haribulan. nampak macam tak sabar gila kan? hah aku memang tak sabar nak hilangkan stress aku ni hahah. 

actually dah plan lama dah medan ni. kakak aku la yg offer aku pi sekali dgn dia. aku cek kalendar, tengok tarikh betul2 lepas aku habis praktikal. apa lagi, excited gila ah! 

ok lah so lets start. aku pi dgn kakak, abg ipar aku, dan 2 org anak sedara, plus kawan office kak aku dgn wife dan anak dia. terbang dari penang airport pukul 11.20 pagi. asalnya ikut plan, terbang pukul 8.45 malam sabtu. tapi, tau2 je la airasia ni kan. haha ok. 

Image

so, alhamdulillah selamat sampai  ke medan pukul 11 lebih waktu sana. waktu malaysia cepat sejam. sampai je airport kuala namu, tu airport baru di medan. baru je operasi dalam 9 bulan macam tu. then, lepas dah ambik luggage, kami cari lah pak supir yg kami dah tempah. tau tak? dia lupa yg kami datang Medan harini? ya ampun.. gimana boleh lupa sih? call dia, dia kata tunggu sejam nanti dia sampai. Ok merayau la kami dlm airport tu. last2, lepak dekat A&W. benda paling rare dekat indon ni kan, kita jgn layan sesapa yg kengkonon nak datang tolong kita. nak angkat beg ke apa ke, sebab balasannya nanti, kita kena bayar dekat mereka. macam kami, first time datang indon, so masa tgh cari2 pak supir kami tu, ada la sorang lelaki dtg cakap nk tolong bagi kami guna phone dia call pak supir. ok abg ipar aku pon guna la phone dia. dapat lah call. last2, lelaki tu minta RM 5 dkt abg ipar aku. hampeh betul. 

akhirnya, pukul 2ptg, pak supir kami sampai jugak. nama dia pak rizal. masih muda. kami dibawa naik MPV suzuki dia. besar jugak. muat2 la 8 orang kami dengan beg2 lagi. kereta kat sana semua tinted gelap. segelap gelapnya sampai org kat dalam kereta tu pon tak nampak. lepas tu, sebelum ni aku ada baca jugak yg cara drive kat sana memang ngeri, haha sekarang baru aku tau ngeri tu tahap rasa macam nak accident ja. sipi2 ja hang nak langgaq kereta orang. tapi sana jarang accident dan selalu bunyi hon time drive memang benda biasa. sebabnya mereka kat sana tau bagi jalan. jalan sana sesak or dlm bahasa indonnya dipanggil macet. tapi sikit pon tak pernah berlanggar sesama kenderaan. paling aku terkejut la kan, kat sana jalan 2 lane pon kereta boleh buat sampai 3 lane, kalau jalan luas, lagi la berlane-lane kereta. aku pon pening tgk jalan depa. huahua. nasib baik pak rizal yg drive. selamber ja dia mencelah masuk antara kereta. kat sana, bukannya kereta kecik2, semua style pakai toyota innova la, unser la. yang jenis besar2 punya. 

dari airport nak ke pekan medan, ambil masa 1 jam jugak la. ada satu benda lawak yg aku teringat masa atas highway kat sana. ada sorang mamat ni selamber badak ja dia kencing sambil berdiri kat tepi highway. haha ya kat malaysia pon ada ja org kencing tepi highway tp at least kita cover pusing belakang ke, lindung dengan kereta ke. ni mamat ni, dah la naik motor ja, lepas tu pergi kencing berdiri. huahua

ok lah. hari pertama di medan, kami check-in di swiss-belinn hotel. hotel tu 3 stars je. dgr macam 5 stars kan? kalau 5 stars, ada grand di depan nama hotel tu. contohnya grand swiss-belhotel. 

Image

ni gambar lobi hotel. 

Image

 

ok. terus check-in hotel, masuk bilik dan rehattt. nasib baik wifi sini laju. dalam bilik pon laju. dalam pukul 4.30 ptg tu, pak rizal bawak kami pi sun plaza mall. kat sana ada sogo. besar gilaaaaaaaaa mall dia. kami pi sana pon sebab nak beli plug nak charge phone. kat medan, dia guna plug 2 pin. alang2 tu, dinner terus kat sana. kami try esteller. sedap weyy sapa mai medan wajib cuba makan esteller. marvellous! 

Image

 

ni la esteller. campuran ais sagat + avokado + nangka+ kelapa + susu. terrbaikk!! 

utk makan, aku order mee ayam pedas. memang sedap. sekarang mengidam lagi. haha. kak aku order nasi goreng buntut. first time dengar, nak tergelak . abang ipar aku sampai tanya waiter tu buntut tu maksudnya apa. dia cakap daging. haha nasib baik. 

so lepas makan, pi la jalan2 kejap. last2, pak rizal datang ambil kami, terus balik. tapi, tak balik lagi. jalan2 medan dulu. pusing2 naik mobil. lepas tu balik hotel. terus rehat. sambung next entry pulak hokay 😉