Sabah Part 3

lepas habis beli chicken wing dkt part 2 entry haritu, kami bertolak ke ranau pulak. nak mandi hot spring!!!!!! (acah je padahal tak mandi pon). perjalanan ke ranau dari kundasang ambil masa sejam jugak lah. sampai je kat sana, beli tiket rm 5 sorang and terus masuk. dalam tu macam taman negara jugak sebab ada hot spring, ada waterfall (kena jalan jauh sikit), ada canopy walk. dalam kawasan tu, ada toilet disediakan. masa aku pi haritu, toilet ada jugak yg takda air. lepas tu, sorang makcik ni bising2 dalam toilet sebab air takdak. lol

ok. nak masuk canopy walk tu kena bayar lagi rm 5 sorang. bukan masuk free tau. tidak ye anak2. nak tangkap gambar pon kena bayar. apo bondo ehh. kang, kalau tak bayar, kena rampas pulak phone aku. bayorrr le jugak crite dia. so, total masuk canopy walk = RM 10. kalau masuk by group, kamera tu bayar RM 5 jugak. nanti pandai2 la share duit dgn kengkawan.

bayangkan kami pakai baju lawa2, dengan shawl berbelit bagai, tetiba kena naik canopy walk. nasib baik tak pakai heels. weh jauh wehh dari pintu masuk kaunter nak ke canopy tu.. merabat jugak la naik bukit. semput jap. belecak jugak la ketiak ni. haha. dkt situ, canopy walk dia ada 5 levels. kena lalu semua levels. level ke 4 paling panjang. bergoyang-goyang nak stabilkan diri.

20180127_114151

20180127_122031

siap bawak handbag panjat bukit. ish budak2 ni lahhhhh. 

 

20180127_122238

20180127_123710

ni pakcik sabah yg jadi tour guide matsalleh. dia ajar bahasa sabah dkt kami haha

 

20180127_123947

penatnya muka. ni acah berani je padahal tengah gayat lol.

lepas 2 jam dalam hot spring ni, perut aku dah meragam lapaq. ye lah. dari pagi tak makan apa. cuma minum susu lembu dgn gelato je. mau tak masuk angin dalam perut. terus cepat2 keluar, pi makan dkt kedai makan luar dari hot spring ni. pak cik tourguide tadi suggest restoran Sejati bila kami tanya dia kedai mana yang sedap. rupanya kedai tu, dia bawak tourist dia makan. dia macam agent kedai tu la. patut lerrrrr.

20180127_132651.jpg

nah aku persembahkan… nasi goreng kampung Ranau berharga RM 8. hahahahahha. nasib baik sedap. 

lepas dah kenyang, kami balik ke kundasang. dah pukul 3 lebih dah masa tu. masa balik tu, masyaAllah.. kabus punya lah tebal. hujan lagi. tak nampak jalan. kami singgah beli makanan dkt kundasang. aku sempat la beli holder monopod aku tu.  lepas tu, kami trus ke kinabalu park. dekat je dengan hounun ridge farm. nak masuk kinabalu park pon kena bayar rm5. kereta boleh bawak masuk dalam eh. masa mula2 kami sampai, kami park dkt luar. dengan hujan masa tu, gigih redah pi kaunter. lepas tu patah balik naik kereta lepas tau boleh bawak kereta masuk. dekat kinabalu park ni lah, orang start mendaki gunung kinabalu.

nak cerita cemana entah dkt sini. haha. jalan dia satu je. bengkang bengkok. mira drive je kereta tu. actually, kami taktau pon hala tuju kami dalam tu sebab nampak hutan je. hahaha. ada la satu kereta no plate brunei drive depan kami. kami follow belakang dia. dia berenti, kami pon berenti. dia jalan, kami jalan. kahkah. so, plannya nak pi ke Timpohon Gate. drive punya lama lepas tu tertanya2 bila nak sampai timpohon ni. betul ke jalan ni? kenapa tak ada kereta pon? lol.

20180127_155703

lepas tu, kami stop dkt satu tempat yg ada memorium nama2 pendaki dan mountain guide yang meninggal masa kejadian gempa bumi 2015 dulu. masa tengok nama2 mangsa, aku jadi sebak. sedih. macam mana lah keadaan mangsa2 masa tu atas gunung kan?

20180127_160858.jpg

20180127_160552.jpg

belakang kami yang background putih tu kabus. memang tak nampak apa. kalau tak ada kabus, boleh nampak gunung sebenarnya. 

lepas tu, kami terus ke timpohon gate. dah sampai timpohon, tak turun pon sebab… tak leh nak parking. jalan sempit. hujan lebat. kereta brunei tadi pon patah balik. cuak jugak nak reverse sebab jalan sempit. silap haribulan, boleh jatuh gaung. seremmmm…

dah turun balik, stop lagi sekali dkt memorium tu. alang2 kereta tak ada, sempat ambik gambar dkt tengah jalan acah2 obersea. dengan background kabus. sungguh over the sea!

dah penat ambik gambar, terus balik ke hounun. tak nak la balik lewat, nanti tak nampak jalan….siang2 pon dah tak nampak jalan, apa lagi kalau malam. dalam pukul 5 lebih sampai hounun. masuk bilik solat dulu. lepas tu, keluar balik jalan2 area bilik ambik gambar sambil tunggu sunset. tapi sunset tak nampak sebab cuaca mendung. sobsob.

20180127_173756Pic_2018_01_27_18_13_09

utk makan malam, kami makan chicken wing yg beli pagi tadi and nasi putih beli sebelum ke kinabalu park.

20180127_183201

 

20180127_183207

we survived! cewah, macam lah masuk hutan nak survive2 ni.

lepas dinner, semua kecundang dah. penat. solat, terus tidur.

Advertisements

MEDAN- DAY 4, 25/3/2014 SELASA

ok hye hye hyeeeeee amboi sebulan tak update blog sibuk keeeeee

so continue cerita medan kita hari ke 4. kami check in di Mikie Hotel and Resort, Brastagi. cuacanya sejuk banget! sampai ke tulang sejuknya. bilik kat sini pon sama mcm niagara. tadak aircond dan juga takdak kipas (tp niagara ada kipas). sejuk semulajadi. 

Image

nilah bilik dia. tu yg tgh berposing atas katil tu nama dia alya. tengok hiasan belakang tu. it’z a rock time yeyeahh!!

ok la bilik ni, ada tv, shower, almari, plug semua cukup. 

Image

dia ala-ala resort. eh dah nama pon resort kan? haha. depan bilik aku ni ada buaian. situ je lah selalu wifi laju. dalam bilik tak dapat sangat. so pagi2, aku mmg naik buaian tu nak online. pergh tahan sejuk je lah 🙂

hotel ni pon ada water park. tapi, kami silap booking, sebab park dia bukak time cuti sekolah. masa kami pi tu, memang la malaysia dah cuti, tapi indonesianya belum cuti lagi pak huhu 😦

then, pagi lepas breakfast kat kafe dia (pancake situ sedappppp sangat) pergi main dkt swimming pool situ. 

Image

inilah pool dia. nampak en amin tgh menggigil kesejukan kat sebelah tu? haha walaupon cuaca panas, tetap sejuk.

dalam pukul 11 pagi, pak rizal bawak kami ke bukit Gundaling. ada sejarahnya pasal nama gundaling ni, search je la aku malas nak tulis. haha. kat situ, kami boleh tgk Gunung berapi Sinabung yg baru meletus tahun lepas dan ada lagi gunung berapi ex: gunung Sibayak.

Image

tu lah gunung sinabung. nampak ke tak? aku sure tak nampak. kamera cikai je. memang tak nampak. depan mata nampak clear. ada jugak org ambik gambar kami berlatarbelakangkan gunung ni. sekeping aku tk ingat harga dia hahah. tupon kalau hampa nak beli la gambar ni. 

Image

belakang patung nii tu lah gunung berapi sibayak. 

so lepas pusing2 bukit ni, kami terus lunch di Green Garden Hotel. yg paling best sini of course terung goreng pedas. pergh meletops memang sedap. huarghh aku rindu medan 😦

Image

ada pecal jugak. ayam kicap dia terlalu manis bagi aku. kenyang haaa.

lepas tu balik hotel rest. petang tu, utk dinner kami makan di kedai makan depan green garden hotel tu. kat situ femes pecal lele. aku order nasi goreng special dia. memang special sebab makanan aku paling lambat sampai. haha. pulut kacau dia pon sedap. lembut. 

lepas dinner, kami ke hotspring di mana aku tatau. aku ikut ja mana pak rizal bawak. air panas kat situ datang dari gunung berapi. jalan nak masuk hotspring tu pon berliku-liku. yang bestnya, first time aku tgk ada perkampungan di kaki-kaki bukit. memang menarik. damai ja duduk situ. 

Image

nampak tak yg berasap tu? tu lah asap dr gunung tu. 

 

Image

rendam kaki ja sebab tak bawak baju spare nak mandi. bau sulphur dia kuat sangat. sini pon ada banyak kolam ikut kepanasan suhu. 

lepas dah huhahuha kat sini, terus balik hotel nak tidur. ponat