MEDAN- DAY 5, 26/3/2014 RABU

so, pagi rabu macam biasa breakfast dulu kat hotel, hajat hati nak makan lagi pancake sedap dia, tapi takdak. dia sedia menu lain 😦 walaupon makanan kat hotel indon ni tak berapa kena dgn taste aku, aku sembat jugak. as long as perut kenyang, aku kisah apa sedap ke dak makanan tu. haha. terus check out hotel. 

the journey continued. kami jalan2 sekitar brastagi. sini kawasan bukit. lebih kurang macam cameron highland la. ada kebun sayur. paling teruja tengok kobis besaq habaq hang, standard size bunga rafflesia. kembang mekar aumm aumm 😉 lagi satu cili kat brastagi ni panjang2, tak macam cili malaysia. kat brastagi ada pokok pine weh. tinggi2 pulak tu. 

lepas tu, terus balik ke Medan. aku macam biasa la tidur dalam kereta, takut muntah. lama jugak la nak sampai medan pon. kami check in di hotel Grand Angkasa. 5 stars uolls. masa hari tu, ada kedatangan menteri apa entah di hotel tu. dan pada masa yg sama, haritu jugak presiden indonesia datang Medan. so, jalan sana sesak habis. pak polisi dan askar merata-rata. 

Image

 

Image

besar kan bilik dia. depan tingkap bilik ni ada gym, so nampak la abang2 sado tgh exercise hehe

dalam semua hotel yg aku check in, hotel ni ja yg ada bath tub. dan kalau ada calar dekat barang dalam bilik ni, masa check out nanti kena bayar denda. ceyt. tp aku tengok banyak ja calar dia =,=

kami lunch di restoran seafood di medan. Nama dia Lembur Kuring. 

Image

Image

auuwwww sedapnyaaa. ada ketam, ikan bakar, kepah, udang, terung goreng, air jeruk kelapa, and jus sawi nenas. marvellous meletop2 sedap! 

harga boleh tahan dalam Rp 320,000 rasanya. (ke lebih???)

lepas dah kenyang, kami ke Carefour medan. jalan2 cuci mata situ. sempat lagi melantak esteller lagi sekali. kakak aku punya pasal la ni. aku still kenyang makan seafood td. esteller aku tak boleh habiskan sorang. last2, aku bg kakak aku perabis. perut aku dh tak boleh masuk dah. haha

last2, balik hotel terus boomm. esok dah nak balik malaysia. yeeha! 

Advertisements