MEDAN- DAY 3 : 24/3/2014 ISNIN

ok kita sambung hari 3 di medan. pagi tu, sebelum check out dr niagara, dan sebelum breakfast, aku, kakak, abg sepon (bro in-law), dan anak2 menakan apa lagi curi peluang nak bergambar keliling kawasan niagara tu. pergh superb cantik! 

Image

Image

Image

Image

Image

Image

ni sebenarnya nak lompat, tapi tak jadi la pulak hehhhh

Image

serius weyy rasa macam nak jerit kat situ, feeling2 dekat switzerland ngeh ngeh 😀

TENANG SANGAT, rasa tak mau balik.

Image

yg pakai sweater merah tu safya arina, anak menakan aku. sebelum dtg medan ni, dia demam campak. heh masa tu dah risau dah kot2 tak sempat sembuh, tak merasa la nak mai medan huahua

lepas merayau, terus pergi breakfast kat hotel. nasi goreng dia sedap. kat niagara ni, wifi laju dekat bawah je. dalam bilik hampeh tak dpt line. kat hotel ni pon tadak iron. sedih tau haritu pakai baju tak iron. nasib baik tak kedut. hehe. so, lepas makan, ambik beg dan checkout. tunggu pak rizal datang bawak kami ke sebuah pulau. 

jalan nak ke jeti pulau tu dinamakan bukit tonggeng hahaha. tau kenapa? sebab masa nak turun bukit, kan jalannya kena nonggeng! bak kata pak rizal kahkah. ok. kami nak ke Pulau Samosir, sebuah pulau perkampungan kaum Batak. nak ke sana, kena naik bot redah Danau Toba. jauh jugak la. dalam setengah jam macam tu. naik bot kena bayaran tapi aku tak ingat berapa. murah ja. dalam Rp 5000 kot seorang. 

Image

 

aku, safya, abang sepon, alya dan kak aku. 

Image

 

akhirnya kami sampai ke Pulau Samosir. ni peta pulau tu. menurut pak rizal, pulau ni lagi besar dari Singapore. 

Image

kami pon berjalan naik bukit. kakak aku sampai penat. haha tapi best jugak dapat exercise naik bukit ni. keliling jalan tu penuh dengan kedai2 cenderahati. dan orang2 batak ni, asyik panggil kami datang beli je. keychain lima kupang la, seringgit la. siap promote dalam ringgit malaysia lagi. pandai ye engkorang nak cari customerrr. ngeh ngeh. tapi kami buat tak layan je dengan depa. nanti kalau tengok, kang dia ikut kita suruh beli barang dia, tak pasal ja. 

ok. kami sampai ke makam raja Batak. kat sini, sebelum masuk, kami kena pakai selempang sebagai menghormati makam raja tu. 

Image

aku pakai warna biru. selempang ni ada perbezaan lelaki dan perempuan.

Image

ni la orang yg menceritakan segala asal-usul raja Batak, dari kecik sampaila ke mati. belakang dia yg berbatu2 tu, itu lah makam raja dan hulubalang2 dia. aku tak fokus sangat sebab tak minat sejarah2 ni, (sebab tu test sejarah masa sekolah dulu tak pernah dapat A. huahua)

lepas dah habis dengar cerita, dia bawak kami ke muzium raja batak

Image

tengok tu, pandai dia eja WELL COME 😉

famous la engkau si Tomok

Image

ni ialah rumah raja kaum batak. nak masuk situ, kena buang kasut dulu ye anak-anak.

kat dalam rumah ni, kita boleh tengok la semua peralatan milik raja Batak. meh layan gambar je lah

Image

 

keadaan dalam rumah. hehh rumah aku cantik lagi ;p gambar blur sikit ahh lantak la

Image

ni katil beradu raja batak

Image

trumpet pon hado? kelass kau jah. ni buat aku gian nak main balik ni. nasib baik tergantung kat atas. kalau kat bawah, aku tiup cepat2 bagi bising satu samosir. kehkeh

Image

ni patung anak raja batak tu, dia buat patung ni sebab dia rindu anak dia kot. entah aku tak ingat cerita dia. nama patung ni si Gale-Gale. maksudnya lemah gemalai sebab patung ni boleh menari. tapi masa kami dtg tu dia tak menari la. aku ingat nak ambik gambar dengan galegale ni tapi tak jadi. nanti tak pasal aku tidur malam, tetiba ada orang menari sebelah aku. gila scary

kemudian, kami singgah di sebuah kedai cenderahati. nak beli barang la sikit. aku beli baju utk anak2 menakan aku kat penang dan keychain utk kawan2. ada ke patut tuan kedai tu tanya tak bawak pakwe sekali ke datang medan? hehh engko ingat aku ni suka-suka hati je ke bawak pakwe holiday? nak kena pancung kepala dgn ayahanda? not in my dream hokeyh. haa kan dah mengamuk. huahua. pakwe pon tadak (sebab tu mengamuk. kahkah)

ok la lepas shopping, kami balik ke seberang naik bot lagi sekali. 

Image

kemudian, kami singgah di air terjun sipiso-piso sebab bentuk dia tajam macam pisau. air terjun ni unik. air keluar dari celah batu. tapi kat atas tu ada kebun-kebun sayur. mesti subur kan kebun situ. 

Image

 

kawasan sini berasap sikit sebab gunung berapi baru meletus bila entah. 

Image

yang pasangan sebelah kakak aku tu kawan dia lah. kak siti dan en amin. anak dia haikal. 

lepas tu. kami on the way nak ke berastagi. masyaAllah, jalan dia. lagi teruk. berpusing-pusing. kali ni, memang aku rasa nak termuntah dah, memang tak tahan. tapi nasib baik tak muntah. aku berjaya control. makan biskut, minum air banyak2. dan aku tidur je dalam kereta. jauh gila dalam 2 jam macam tu tahan nak termuntah. perut aku dah menggelegak dah. haha

so, kami singgah minum teh di restoran siantar,  simanggarunjung. restoran tu atas bukit. sejukkk! menu dia cuma teh, dan goreng pisang. yang femes kat situ teh halia. memandangkan aku asyik nak termuntah. aku order teh limau panas je. makan goreng pisang. tapi limau dia tak macam limau kasturi malaysia. bau limau tu tak kuat sangat. lapar punya pasal, order pisang goreng lagi sepinggan. kat sini, aku nak ambik gambar pon tadak mood sebab pening + nak muntah aku tak hilang lagi. 

then, teruskan perjalanan. aku ingat lepas makan pisang goreng tu, terus nak pi berastagi. rupanya pak rizal bawak kami lunch di satu kedai ni. dalam hati cuma dok fikir bila la nak sampai. aku dah pening dah ni huhu. kami sampai di sini!

tadaaaa

Image

 

sini, kita kena tangkap sendiri ikan di danau toba ni dan suruh pekerja kedai tu masakkan. 

Image

 

yang pakai jaket coklat tu pak rizal. aku masa ni tgh mood pening lagi. kalau tak, aku pon turun sekali tangkap ikan.

nak tau kami makan apa? jeng jenggg

Image

ikan talapia bakar 4 ekor, ikan emas seekor. aku dah la hantu ikan bakar. 

Image

 

yee ikan emas goreng. selalu tgk dalam sinetron je kan dongeng ikan emas ni. nah sekali dapat makan. memang sedap. hehe. rangup dan garing. tengok, sisik dengan sirip pon tak buang

Image

sambal kicap 

Image

sambal andaliman. pak rizal kata kalau melayu panggil sambal buah pala. ni cicah dengan ikan tadi. herghh aku lebih prefer sambal ni drpd sambal kicap sebab tak pernah jumpa kat malaysia. sedap wehh.. pedasss!

Image

pucuk ubi rebus. hishh semua enak-enak banget! 

masa ni, aku dah lupa habis rasa nak muntah aku sebab sedap sangat. huahua. lepas bayar semua, kami beli makanan ringan nak makan dlm kereta. aku beli air oren. so, kami terus ke berastagi. aku tidur je dalam kereta. 

so, akhirnya sampai ke berastagi. kami singgah di pasar buah. heaven gila pasar ni. banyak gila buah. especially avokado. kat penang, susah nak jumpa avokado ni. tapi aku tak beli pon. tengok2 je. 

kami makan jagung bakar kat sini. sedap jugak.

Image

Image

ni ah tante yg buatkan jagung tu.

Image

pasar berastagi

lepas makan, kami ke Mikie Hotel utk check in. ambik 2 malam kat sana.

to be continued

 

Advertisements