MEDAN- DAY 4, 25/3/2014 SELASA

ok hye hye hyeeeeee amboi sebulan tak update blog sibuk keeeeee

so continue cerita medan kita hari ke 4. kami check in di Mikie Hotel and Resort, Brastagi. cuacanya sejuk banget! sampai ke tulang sejuknya. bilik kat sini pon sama mcm niagara. tadak aircond dan juga takdak kipas (tp niagara ada kipas). sejuk semulajadi. 

Image

nilah bilik dia. tu yg tgh berposing atas katil tu nama dia alya. tengok hiasan belakang tu. it’z a rock time yeyeahh!!

ok la bilik ni, ada tv, shower, almari, plug semua cukup. 

Image

dia ala-ala resort. eh dah nama pon resort kan? haha. depan bilik aku ni ada buaian. situ je lah selalu wifi laju. dalam bilik tak dapat sangat. so pagi2, aku mmg naik buaian tu nak online. pergh tahan sejuk je lah 🙂

hotel ni pon ada water park. tapi, kami silap booking, sebab park dia bukak time cuti sekolah. masa kami pi tu, memang la malaysia dah cuti, tapi indonesianya belum cuti lagi pak huhu 😦

then, pagi lepas breakfast kat kafe dia (pancake situ sedappppp sangat) pergi main dkt swimming pool situ. 

Image

inilah pool dia. nampak en amin tgh menggigil kesejukan kat sebelah tu? haha walaupon cuaca panas, tetap sejuk.

dalam pukul 11 pagi, pak rizal bawak kami ke bukit Gundaling. ada sejarahnya pasal nama gundaling ni, search je la aku malas nak tulis. haha. kat situ, kami boleh tgk Gunung berapi Sinabung yg baru meletus tahun lepas dan ada lagi gunung berapi ex: gunung Sibayak.

Image

tu lah gunung sinabung. nampak ke tak? aku sure tak nampak. kamera cikai je. memang tak nampak. depan mata nampak clear. ada jugak org ambik gambar kami berlatarbelakangkan gunung ni. sekeping aku tk ingat harga dia hahah. tupon kalau hampa nak beli la gambar ni. 

Image

belakang patung nii tu lah gunung berapi sibayak. 

so lepas pusing2 bukit ni, kami terus lunch di Green Garden Hotel. yg paling best sini of course terung goreng pedas. pergh meletops memang sedap. huarghh aku rindu medan 😦

Image

ada pecal jugak. ayam kicap dia terlalu manis bagi aku. kenyang haaa.

lepas tu balik hotel rest. petang tu, utk dinner kami makan di kedai makan depan green garden hotel tu. kat situ femes pecal lele. aku order nasi goreng special dia. memang special sebab makanan aku paling lambat sampai. haha. pulut kacau dia pon sedap. lembut. 

lepas dinner, kami ke hotspring di mana aku tatau. aku ikut ja mana pak rizal bawak. air panas kat situ datang dari gunung berapi. jalan nak masuk hotspring tu pon berliku-liku. yang bestnya, first time aku tgk ada perkampungan di kaki-kaki bukit. memang menarik. damai ja duduk situ. 

Image

nampak tak yg berasap tu? tu lah asap dr gunung tu. 

 

Image

rendam kaki ja sebab tak bawak baju spare nak mandi. bau sulphur dia kuat sangat. sini pon ada banyak kolam ikut kepanasan suhu. 

lepas dah huhahuha kat sini, terus balik hotel nak tidur. ponat 

 

Advertisements