Teeth scaling and haircut

Tadaaaa!!! *jilat jilat gigi, main main rambut*

Awesome!

Pagi tadi pergi buat scaling dekat klinik pergigian dr wan harzita, bertam.

Ya Allah. Serius best gila dr wan. Orangnya lembut, sopan.  Aku dah buat appointment 2 minggu lepas dengan dia. Mula2 aku cuma wassap tanya pasal scaling. Oh ya sesapa yg taktau scaling tu apa, maksudnya cuci gigi. Yang guna mesin gerudi gerudi gigi tu. Haha. Tak dak la gerudi mana pon. Over tau paan.

Lepas tu dia siap bagi aku no klinik dia. So, aku ingat bila2 aku nak call la. Tup2 petang tu jugak pembantu klinik tu yang call aku sendiri. Terharu gila. Waaa menangis!

Aku ambik masa seminggu jugak nak call balik klinik tu buat appointment. Maka, pagi tadi aku dah berjaya cuci gigi. Yeayyy. Happy teeth. Ahaks!

Masa masuk bilik dr, dia tanya apa problem gigi aku, so aku pompang pompang dekat dia. Yang bestnya, sebelum rawatan, dia bagi aku cermin. lepas tu dia tunjuk keadaan gigi aku. Dia cakap kalau gusi pucat, maknanya gigi sihat. Sebab darah tak berkumpul dekat situ. So, no bleeding waktu gosok gigi. Kalau gusi merah, tempat tu sure akan bleeding. Dia tunjuk lagi cara floss gigi. Dia floss sendiri gigi aku weh. Selama ni aku bukannya reti nak floss gigi. Dia cakap kalau nak beli floss, beli yang ada wax.

Then, katanya air liur aku pekat dan berbuih. Tu pon penyumbang terjadinya plak atau karang gigi. Dia sarankan aku kunyah sugar-free chewing gum. Alhamdulillah, gigi aku tak dak yang berlubang. Cuma crowded saja. Nak senyum pon I malu tauu gigi berteraboq! Haha. Penyelesaiannya ialah braces. Memang aku nak pakai braces. Tapi fulus dia tinggi sangat. Between 3900-5000. Iteww tak kayeww. Hewhew. Dan klinik ortodontik dekat seberang prai cuma ada 2. Satu dekat permatang pauh, lagi satu dekat mak mandin. Tunggu lah dulu scholar aku masuk sem depan.

Masa rawatan, dia pakaikan aku goggle ke google aku pon tak tau lah ejaan. Rasa macam nak tengok filem 3D pulaks. Haha. Bila mesin tu sentuh ja gigi aku, ok lagi. Bila masuk celah gusi aku, pergh ngilu oi! Tahan je lah sampai kaki terangkat ala2 misha omar.

Sambil dia tonyoh gigi aku, dia explain la macam2. Dia cakap sekarang pakai braces bukan nak cantik saja, penting braces tu. Kalau tak, susah nak cuci gigi sebab gigi tak sama. Sebab tu senang jadi plaque. Lagi teruk, gigi boleh berlubang kalau biar lama2. Wahh dah macam dentist dah aku ni.

Dia kata lagi, kita kena selalu kumur mulut. Cara paling senang, bancuh sodium bicarbonate dengan air, then gargle untuk alkaline kan balik gigi. Guna garam pon boleh. Kalau malas tahap bangang, beli ja listerine atau mana2 mouthwash.

Ok. Dah siap scaling. So, aku kena bayar rm 53. Tapi sebab aku beli sekali floss, semuanya rm 62. Pembantu klinik tu pon ramah. Sembang macam2 dengan aku.

Bila nak balik, tengok2 ada kedai gunting rambut ain dekat situ. Kedai tu khas untuk perempuan saja. Sebelum ni, kedai tu operasi dekat tempat lain. Sekarang dia dah pindah bertam. Aku memang selalu potong rambut kat situ dari dulu lagi.

Rimas la rambut panjang2 ni. Dah la cuaca tengah panas sekarang ni. Bila rambut pendek, baru lah rasa bebas. Ringan kepala. .

So, tu je la cerita harini. Byeeeeee 🙂

Posted from WordPress for Android

Sambal lonti

Ok. Kali ni resepi sambal lonti. Aku pon tak tau nama sebenarnya apa. Tengok2, family aku panggil lonti ja. Lonti pon lonti lah. Jangan cik ponti sudah. Hekhek

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah
10 biji cili padi
Ikan bilis (ikut suka la nak letak banyak mana pon)
Sedikit Belacan
Sebiji limau nipis/kasturi

Cara2:

1. Basuh dulu ikan bilis. Kemudian goreng menggunakan minyak masak. Bila agak2 dah rangup, angkat dan ketepikan.

2. Minyak masak tadi buang ataupun letak dalam bekas yang lain. Sebab kita nak goreng cili, bawang dan belacan tanpa minyak. Ok paham?

3. Goreng cili padi, bawang merah dan belacan tanpa menggunakan minyak. Goreng sampai nampak cili tu macam dah layu. So boleh lah angkat.

4. Tumbuk cili, bawang dan belacan dalam lesung batu. Jangan lumat sangat. Nanti nak makan tak sedap.

5. Masukkan ikan bilis yg dah digoreng tadi dalam lesung batu dan tumbuk sekali dengan cili, bawang, belacan yg dah ditumbuk tadi.

6. Lepas tu bolehlah perah limau dalam sambal tu. Gaul rata.

Ok dah siap!. Hehe. Simple saja. 

image

image

Posted from WordPress for Android

roti daging berkeju

ROTI DAGING BERKEJU

  1.  Daging kisar (200g )
  2.  Bawang Besar – Dihiris (1 biji )
  3.  Bawang Putih – Dicincang (2 ulas )
  4.  Halia – Dicincang (1/2 inci )
  5.  Celery – Dipotong Dadu (1 batang )
  6.  capsicum merah – Dipotong Dadu ( 1/2 biji )
  7.  serbuk kari – Dibancuh dgn sedikit air ( 2 camca besar )
  8.  minyak masak/butter utk menumis (secukupnya)

Bahan-bahan lain :
1) aluminium foil saiz 8″ x 8″ (1 bekas )
2) roti putih Gardenia (6 keping )
3) telur (4 biji )
4) susu segar (4 camca besar)
5) Serbuk Lada Hitam (secukupnya)
6) Garam (secukupnya)
7) parutan keju mozzarella (1 cawan )
8) Daun parsley utk hiasan

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah hingga naik bau.

2. Masuk kan daging dan kacau hingga hampir masak.

3. Masukkan rempah kari, kacau biar sebati dengan daging.

4. Masukkan celery, capsicum dan gaulkan rata.

5. Kecilkan api dan biarkan campuran tadi hampir masak.

6. Sementara tu campurkan telur, susu dan serbuk lada hitam dan kacaukan sebati.

7. Susunkan roti ke dalam bekas aluminium foil

8. Tuangkan setengah daripada adunan telur + susu ke atas lapisan roti dan biarkan meresap di roti.

9. Tutupkan api daging dan tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan roti dan  ratakan

10. Taburkan keju memenuhi lapisan daging.

11. Tuangkan baki campuran susu + telur tadi.

12. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 30minit/masak

13. Keluarkan dan potong utk dihidang.

2013-04-28 16.50.45

amacam? air liur meleleh leleh

p/s: masa aku masak, halia dan bawang putih tu aku tumbuk sampai hancur sebab aku tak suka rasa halia. keju mozarella tu tak payah nak mozarella sangat. nak buat makan je pon bukannya nak buat hias. huh. so, pakai keju biasa ja. potong kecik2. and daun celery aku tak masukkan sebab kat rumah tadak stok. hekhek.

MANIFESTO

assalamualaikum!

so, sekarang musim PRU, maka banyak la manifesto yg dikeluarkan oleh parti tu, parti ni utk tarik perhatian rakyat. and when i read FB info diet, there was a status updated by the admin :

“Maaf ya, ini bukan page politik namun dalam kesibukkan menjelang pilihanraya ini, admin ternanti-nanti juga ada tak MANIFESTO yang bersangkut paut kearah kesihatan yang lebih baik.

Contohnya:

#Initiatif bagi rakyat yang berjaya menurunkan berat badan.

# Menurunkan kadar obesiti sebanyak 50% dalam tempoh 2 tahun.

# Meningkatkan lagi prasarana gymnasium di Malaysia.

# Menyediakan gymnasium khas untuk wanita.

# menyediakan peluang pekerjaan kepada trainer fitness untuk bekerja di gymnasium.

# Mengecualikan cukai import atau memberikan subsidi terhadap barangan kesihatan daripada luar negara seperti whey protein, mass gainer dan lain-lain supplement.

# Memberikan hadiah atau pingat kepada kedai makan yang berjaya menyediakan makanan yang sihat dan rendah lemak.”

yes! aku sokong admin! dan aku sangat setuju dengan cadangan penyediaan gymnasium untuk wanita. tau tau je la kan. wanita ni kan pemalu. mesti la nak privacy sikit bila pergi gym. especially orang macam aku ni. ahahaha. (padahal pergi gym pon tak pernah) -,-

aku pikir2 balik, setelah dipersetujui oleh bantal, tilam, dan katil, maka aku telah mengeluarkan manifesto aku sendiri yang mana tidak perlu dibangkang kerana aku sorang ja yang akan buat. hekhek. kalau ada yang setuju dengan manifesto aku ni, maka boleh lah undi aku jadi calon P000. parlimen rumah sendiri *eee dah la paan. perasan jadi ahli politik pulek*

ok anak anak sekalian, manifesto ini diberi nama manifesto 3K. iaitu matlamat menuju kebersihan diri, kesihatan dan juga kecantikan 🙂

  1. mandi 3 kali sehari. (selama ni aku mandi 2 kali je sehari. jgn pikir aku tak mandi langsung pulak)
  2. syampu rambut selang sehari (aku tak tau samada syampu rambut tiap2 hari boleh buat rambut gugur ke tak)
  3. lepas cuci muka, pakai toner dan moisturizer. jangan malas! *untuk kulit muka yang cantik cun melecun macam lisa surihani. ahaks!*
  4. buat facial at least seminggu sekali (ni utk DIY facial, kalau pergi kedai seminggu sekali, mau kopak duit aku)
  5. jangan sesekali picit jerawat! *oh no, this is a big challenge to me*
  6. minum plain water setiap masa at least 2L sehari. kena buat! *susah payah aku install reminder  minum air dekat phone* tapi jarang update sebab malas. hehe
  7. makan jangan lebih dari 1400 kcal sehari. control nafsu, control!
  8. exercise at least 10 minit tiap2 hari.
  9. tidur paling lambat pukul 11.30 malam ye cik adik comel. tidur 8 jam sehari. untuk elakkan eye bag berbag bag dan lingkaran gelap.
  10. makan buah atau sayur at least satu hidangan sehari.

ok. sampai tu je kot dulu. nanti kalau ada lagi manifesto baru, aku masukkan. hekhek.

#god. baru seminggu buat wordpress, aku dah lupa password dan username. how lahh???#