Recap 2022

Assalamualaikum semuaa. Long time no see. 2022 adalah tahun yang agak busy utk aku. Many good and bad things happened. Jom la recap sikit untuk kenangan.

Good:

1. Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKN Penang as a contract pharmacist πŸ₯Ή

2. First time naik ETS business class from KL to Butterworth

3. Solo vacation di Lost Paradise Resort, Batu Feringghi

4. Dapat interview pelantikan tetap KKM

5. Short vacation with Shasha at Double Tree Resort Hilton Batu Feringghi

6. Beli iPhone 😝

Bad:

1. Gagal dapat pelantikan tetap (aku nangis sambil cerita dekat mak 😬)

2. Infected with COVID

3. GhostedπŸ₯²

4. Guna orang tengah utk kenal dengan someone, tapi rupanya dia dah bertunang πŸ₯²

5. Cried a lot. Like a lotttt

6. Dan yang paling sedih, mak was diagnosed with cancer a month ago. This is the most heartbreaking news for me. Nanti lah aku buat post special pasal ni.

Itu je lah ringkasan hidup tahun 2022. Tak tahulah nak berharap apa utk 2023. Teruskan hidup ni selagi bernafas. Please pray for me supaya kuat, tabah dan sabar nak hadapi semua dugaan dan cabaran yg datang.

XOXO 😘

Sekian selfie 2022 haha

First time beli perfume mahal

Haiiiiii. Here i nak cerita pasal my favourite perfume. Actually i tak penah guna branded and expensive perfume before this. My kind of perfume was the one i bought from watson or drusgtore only. I dont care the brand at all as long as the scent smells nice.

So, last year i went to Parkson Sunway Carnival to buy perfume as a farewell present for my colleague. The promoter kat situ bagi free gift which is Hugo Boss body lotion.

Balik rumah, i pakai lotion tu masa nak tidur. Bau dia ya allah wangi gila! It is not too strong. I dont know how to describe but it has a soft and elegance smell. Then i terus decide nak beli perfume dia pulak.

After days and weeks of scrolling online website to search for the cheapest price, ( nahh i’m just a cheapskate 😝) finally i’ve found one from shoppee. They sell original and authentic perfume but a bit cheaper compared to the physical store. Let me show you the picture.

Taraaaaa. Hugo Boss The Scent for Her 30ml. Ni gambar masa i stay dekat Traders Hotel

However the smell is not long lasting. Tapi bila pakai tu, boleh lah fefeeling perempuan sophisticated and elegant hahah. Kena pakai jimat2. Mahal tu wehhh. Tu je lah i nak cerita pasal my favourite perfume. Tak penah beli perfume mahal. Once beli, kena lah up satu post special 😜

feel lost

hi. 2nd post for today.

i just feel lost out of sudden. aku rasa diri aku bukan macam dulu lagi. dulu aku happy, suka hiburkan kawan-kawan, suka ketawa. sesuai dengan maksud nama aku. farhan= yang riang gembira.

tapi sekarang, aku rasa maybe faktor umur. aku dah lain. aku rasa aku dah tak happy, dah tak cantik, muka pon dah banyak naik jerawat, aku dah malas nak buat semua benda. aku dah malas nak layan orang. entah. dah makin dewasa macam ni la kot rasa dia en. overthinking. banyak benda tengah serabut dalam otak aku. pasal kerja yang belum tentu, parents yang dah tua dan sakit, pasal jodoh, pasal duit. eh everything lahhh.

i hope tahun ni akan jadi tahun yang gembira buat aku. doakan je la untuk aku eh kalau ada siapa yang baca post ni. malu pulak aku nak tulis haha.

Dijangkiti COVID-19

Ya, March 2022 aku dijangkiti COVID. *sigh*. nak buat macam mana.

aku mula ada simptom hari ahad lepas, 20.3.2022. cuma gatal tekak. rasa tak selesa macam tu. pagi isnin tu, aku buat self test guna nasal swab. result negative. so aku pergi kerja macam biasa. tapi aku rasa tak sedap hati lah masa tengah kerja. aku terus mesej kawan aku yang kerja retail pharmacy. cakap dekat dia yang aku nak g beli rtk waktu lunch nanti. aku terus drive kereta pukul 1 tghhari tu g beli rtk (kebetulan aku puasa haritu, so tak payah makan). and cepat-cepat buat saliva test dalam kereta. berdebar jantung aku nak tunggu result. it turned out positive. naik dua line tapi blur. aku terus call boss dan bagitau result saliva test aku. dia suruh aku balik rumah dulu. petang nanti aku kena isi link yang dia akan forward dalam whatsapp.

aku pon balik dan inform mak aku. dan buat test jugak dekat mak sebab dia pon ada simptom. dan keputusannya positif jugak. so kuarantin la kami dalam rumah berdua. petang tu, Dr suruh aku repeat buat test lagi sekali. dan keputusan masih sama. positif. so aku dan mak kena HSO 7 hari sampailah ahad 27.3.2022.

simptom2 yang aku alami:

1st day- gatal tekak. petang tu start sakit kepala

2nd day- demam. tekak dah start pedih

3rd day- masih demam on off. dah mula bersin

4th day- batuk dan selsema. bersin non-stop

5th day- hidung aku sakit dan kering, macam nak cabut je.

currently 6th day- dah start ok. hidung dah tak sakit. batuk sikit2 je.

SpO2 aku so far alhamdulillah 98-100. cuma aku perasan heart rate aku a bit tachy. penah reach sampai 140bpm. maybe sebab aku stress. simptom-simptom lain tak ada. selera makan masih sama walaupun rasa payau ja haha. esok dah last day kuarantin. semoga long covid simptom tak teruk la nanti.

doakan aku sihat macam biasa. aku dah bosan asyik duduk dalam bilik ja.

Selamat Tahun Baru 2021

assalamualaikum semua. nampak gayanya kita mulakan tahun 2021 dengan kes covid yang tak habis-habis lagi. bila nak settle pon tak tau lah.

so, memandangkan dah masuk tahun 2021, usia pon makin meningkat, mesti ada azam yang yang belum dicapaikan? so apa hajat korang? aku punya hajat ialah untuk menjadi manusia yang lebih baik, yang lebih bertakwa kepada Allah, nak dapat pekerjaan yang tetap, dan nak dapat jodoh yang terbaik *hehe amin*

so, untuk menjadi manusia yang lebih baik, aku cuba perbaiki kelemahan diri aku. banyak kekurangan diri yang aku kena ubah. tapi kita buat satu-satu la ok? slow slow dulu. aku follow instagram yang banyak post pasal macam mana nak ubah diri kita, ig ustazah-ustazah yang banyak share pasal ilmu agama, aku try blajar balik ilmu untuk betulkan solat dan tajwid aku, aku invest duit beli buku untuk improvekan lagi communication aku dengan manusia. walaupon aku ni kadang-kadang pemalas nak baca sampai habis haha.

azam aku yang kedua ialah nak dapat pekerjaan yang tetap. selama ni aku memang bekerja sebagai pharmacist dekat hospital government. tapi cuma berstatus kontrak. sepatutnya result KKM dah keluar bulan 11 haritu, tapi sebab covid, depa tangguhkan dulu result tu. so, aku pon berhuhuhu menunggu keputusan yang entah bila nak announce. apa yang aku mampu berdoa ialah kalau ada rezeki aku dengan KKM, aku bersyukur, kalau tak ada pon, aku harap aku boleh cari kerja yang lebih bagus. semoga Allah berikan apa yang terbaik untuk aku. banyak hutang nak kena bayar ni haha.

dan azam aku yang terkahir ialah nak dapat jodoh tahun ni. awal tahun haritu, semua dah tanya bila nak kahwin, dah ada boyfriend ke belum? aku mampu gelak je lah kahkah. bukannya tak ada orang yang approach, tapi entahlah. mungkin tak ready lagi kot. mak pon dah start tanya. hmmm bila mak aku dah start tanya, maknanya aku memang kena take serious la pasal jodoh ni. sampai bila aku nak membujang kan? kawan-kawan aku ramai dah berkeluarga. bukak IG ke FB ke semua penuh gambar kahwin, while aku tersendu sorang-sorang di sini hahaha. ya lah, umur dah masuk 28 tahun dah. tapi jodoh pon tak nampak bayang lagi. aku harap Allah berikan aku lelaki terbaik yang boleh membimbing aku, yang boleh melengkapi kekurangan diri aku πŸ˜€

ok, sampai di sini saja. nanti-nanti update lain pulak. so, apa hajat korang yang belum tercapai? ;D

BRACES FREE

tanggal 5 Disember 2020, i’m officially a braces fresh graduate weeeee πŸ˜€

haha setelah lebih kurang 1 tahun 11bulan aku pakai, Dr cakap dah boleh bukak braces. aku tak percaya awal-awal tu sebab rasa kejapnyaaaa. kenapa orang lain pakai macam lama? alhamdulillah sepanjang aku pakai braces, cuma jadi ulcer 2 kali saja. tupon masa mula-mula pakai. lepas tu takdak ulcer dah. tiap-tiap bulan aku tak miss appointment. kecuali time pkp dulu lah sebab klinik pon tutup.

tiba masa nak bukak braces, aku nervous sikit. tak sabar nak tengok gigi baru. proses nak bukak braces tu kejap ja. aku dengar dr patah-patahkan besi dekat gigi, rasa ngilu sikit, lepas tu siapppp. tapi jenuh kena nganga mulut dalam sejam sebab dr nak pasang retainer pulak. aku kena pakai permanent dengan invisible retainer. gigi atas bawah. total harga retainer rm800+. fuh menangis jugak poket aku. masa hari bukak braces, dr pasangkan permanent retainer dulu sebab invisible retainer ambik masa nak siap. 5 hari kemudian baru aku pakai invisible.

ni lah rupa invisible retainer. Fefeeling macam ajai sikit sebab bila nak sebut huruf S ja rasa berangin celah gigi. ASHALAHKANKUUU JANGAN SHALAHKANKUUU hahah

sebutan aku masa awal-awal pakai retainer rasa pelik. rasa macam lidah pendek kekeke. so kena practice bercakap sikit. tapi sekarang dah rasa ok. tak rasa macam ajai dah.

permanent retainer ni kekal sampai bila-bila. mungkin sampai aku mati kot. tapi invisible retainer tu kena pakai tiap-tiap masa selama 6 bulan. after 6months, pakai time malam sampailah 2tahun. lepas tu boleh pakai bila-bila nak. kalau tak, gigi akan lari balik.

so, gigi aku dah cantik sekarang niiiiii hehehehehe

ni masa bulan 9.
ni dah bukak ececececece feeling cantik sikit.

Officially a registered pharmacist

lama nau tak update blog.

Seperti tajuk di atas, i am now a fully registered pharmacist. Dah dapat nombor FRP tahun lepas, and sepatutnya lapor diri di JKN Penang bulan 4 haritu. Tapi sebab Covid-19 yg tak habis-habis, so lapor diri terpaksa ditangguhkan. Akhirnya, JKN announce utk lapor diri 15 Jun 2020. Kami berlima dari HKB naik satu kereta pi JKN sebab masing-masing dah tau kena retain haha.

lepas habis lapor diri, pi breakfast dulu makan Nasi Kandar Kg Melayu Ayer Itam

sweetkan kami?

Konsert Karya Agung Pak Ngah

Fuh bersawang blog ni. Harini meh aku nak cuci sikit.

So 15/11/19 haritu aku pi tengok konsert karya agung pakngah. Komposer terkenal lagu2 tradisional contohnya cindai, nirmala. Konsert ni gabung sekali dengan konsert tokti. Please harap hampa yang baca ni kenal lagu2 ni. Famous kot! Aku sebenarnya dah teringin lama nak tengok konsert dekat istana budaya. Umur 26 tahun baru ada peluang nak pi tengok. OK la kannnn.

Aku ajak kawan kerja aku pi tengok. Arep dengan azhan. Arep pon teringin nak masuk istana budaya. Azhan pulak minat tokti. So kami beli lah tiket dekat website airasiaredtix. Kami beli tiket malam kedua. Seating dkt area stall. Bahagian bawah jugak lah. Dekat dengan stage. Harga RM 276.

Konsert ni semua melibatkan lagu2 ciptaan arwah pakngah. Artis yg terlibat Ernie zakri, syamel, tokti, asmidar dengan rojer. Aku kenal semua penyanyi kecuali rojer sebab dia peserta program dangdut dekat astro. Aku mana layan dangdut. Hahah. Asmidar aku kenal sebab masa tu dia join program vokal bukan sekadar rupa dekat tv3. Dan dia pon penyanyi lagu tradisional jugak. Kiranya ni semua makanan dia laahh. Ernie dengan syamel toksah dok habaq lah. Suara memang on point. Tiptop. Pemenang vokal terbaik AJL. Tokti?? Hmm tak payah tulis dkt blog ni dahh.

So kami bertiga pi lah KL 15 hb pagi tu. Kami pi istana budaya pukul 5.30pm walaupun show start pukul 8.30pm. Takut jem Dan takdak parking. KL kotttt! Sampai istana budaya tu pi makan charkueyteow sebelah dia sat.

So dkt lobi IB ni depa ada buat pameran pasal pakngah. Baju2 yang dia pakai masa buat show, studio dia, alat2 muzik, eh semua laaa pasal dia. Jap aku letak gambar baru best.

So kami yang jakun ni sampai istana budaya terus pi tukar tiket dekat kaunter.

Masa tu dok usha orang2 yang datang tengok konsert. Semua pakai baju melaram. Tambah2 lagi lelaki. Ada yang pakai tanjak, songkok dengan baju melayu. Ikut tema la kata kan. Tapi bila aku tengok arep dengan azhan punya baju.. Aku macam… Hmmmm… Sokayy.. First timer.. Dimaafkan kahkahkah. Aku pon pakai baju biasa jeewww.. ada hati mengata kawan sendiri.

Sempat la selfie ambik gambar dekat area luaq tu.

pakai baju keja mai tengok konsert

pukul 8 macam tu semorang dah beratur nak masuk dewan. macam tengok wayang, tunjuk tiket, lepastu pekerja IB koyak, then boleh masuk

sementara tunggu show mula, aku ambik lah gambar dalam IB kejap.

pergh abang pakai blazer tu dari tepi macam syamsul yusof

ok. so show dimulakan dengan persembahan solo accordion lagu Cindai. pemuzik tu main cindai seround dulu, and barulah tirai kat belakang stage tu dibuka. and barulah nampak semua musicians Orkestra Tradisional Malaysia. depa buat instrumental show lagu2 karya pakngah, siap ada gamelan, caklempong. persembahan depa sangat rancak. time lagu ala dondeng, goosebumps beb. time ni aku dah terimbau2 dah kenangan aku main band dekat sekolah dulu especially time perform depan sultan. rindu beb.

boleh tengok persembahan pembukaan di Youtube . so lepas habis intro instrumental ni, masuk pulak segmen kedua iaitu persembahan drpd ernie, syamel, asmidar dan rojer. aku cuma nak cakap aku TERKESIMA dengar suara depa. aku macam unbeliavable aku dapat dgr ernie nyanyi live! omaigodd.. i’m a fan of her!!!!! *screaming* banyak lagu2 yang aku tau, contohnya laksamana raja di laut. lagu ni rojer yang nyanyi. aku paling suka part “hamba dendangkannn” rojer punya run… pergh tergamam.

antara lagu lain contohnya kurik kundi, dikir puteri, and adalah lagu2 lain yang aku tak berapa tau. sejam pertama tu memang segmen depa ja.

masuk segmen kedua, jeng jeng… baru je tunjuk intro semua orang dah jerit2 sebab depa tau tokti punya segmen dah start haha. lagu2 tokti memang mengimbau kenangan la. nirmala, bergending dang gong, cindai, balqis, ya maulai and etc. lagu last ciptaan pakngah iaitu time penutup siti nyanyi tajuk dia kudus sinarmu. lagu ni berentak balada. and first time aku dengar lagu ni. sedih. lepas tu diorang pasang video time pakngah meninggal dulu, siti hampir menangis. kalau nk tgk, boleh tgk di sini

habis dah pengalaman pertama aku tengok konsert di Istana Budaya. tercapai jugak. mungkin lepas ni, boleh tgk show lain pulak hehe. lepas habis show, kami pi makan dekat murni pukul 12malam sebab tak tahan lapar. kahkah.

adios

Braces on!

hello people.. selepas berapa lama tak menulis, akhirnya paanpean making a comeback again. sejak bergelar working woman ni, makin busy (ecehh)..

hasrat nak pakai braces ni dah lama. sejak sekolah rendah lepas nurse datang checkup gigi lepastu kutuk gigi aku rongak. like whatttttt????? tapi hasrat tergendala sebab no fulus. lagipon masa tu famous dengan cerita yo soy betty la fea si gigi besi tu. and siapa yg pakai braces, kena kutuk dengan budak lelaki. (hell yeah mannn. u know nothing about beauty. so shut up!) gitchewww marahnya. masuk sekolah menengah pon tergendala lagi.

lepas beribu kali tergendala, maka here it is! paanpean dah pakai braces sejak bulan pertama bekerja. wow mentang lah dah dapat gaji, terus braces on! aku banyak jugak search klinik2 gigi area seberang perai utk dptkan harga yg murah. and aku terjumpa klinik gigi ashraf dekat sungai dua. murah jugak. lepas beberapa hari, dr ashraf announce yg klinik dia dah bergabung dgn 3 lagi klinik dan ditukar ke nama Dentabay. depa buat promotion braces. dan paling best, dekat bertam pon ada satu Dentabay. terus bercadang nak buat braces dekat situ sebab lagi dekat dengan rumah.

terus lah bermula sesi whatssap bersama dentabay bertam. book appointment and terus pi 1st appointment bulan 12 lepas. bila masuk je bilik rawatan, terkejut sebab dokter lelaki jugak. nama dia dr afnan. awal2 tu bermula sesi taaruf dgn dr. asal mana, kerja mana blabla. dr tanya kenapa nak buat braces, dalam hati aku hmmm nak cakap ke tidak nak cakap ke idok? alasan pertamanya ialah aku segan nak senyum sebab macam yg aku cakap kat atas tadi, nurse kutuk gigi aku rongak. (ok nurse dah boleh diam sebab saya dah pasang braces). gigi aku agak berterabur. dan susah nak cuci gigi sebab makanan asyik terlekat.

Dr afnan terus scaling and polish gigi aku. lepas tu ambik acuan gigi. Allahhhh masa dia nak ambik acuan tu, bila time nak cabut je acuan, rasa macam gigi aku pon nak tercabut sekali. baik-baik dr, kang daripada nak pasang braces, terus saya jadi nenek tua sebab gigi semua tercabut haha. lepas ambik acuan, dr suruh aku buat xray gigi dekat IPPT Bertam. so aku ambik cuti rehat and pi xray dalam minggu tu jugak. lepas siap, aku hantar xray dkt dentabay and terus book appointment untuk bonding. dr cakap 4 batang gigi aku kena korban 😦

utk 2nd appointment, dr pasang bracket dulu. lepas pasang bracket, baru dr cabut 2 batang gigi atas bawah bahagian kanan dulu. utk bahagian kiri, dr cakap dalam xray ada nampak gigi bawah kiri rosak tapi bila cek gigi aku, tak ada yg rosak pon. so dr tak berani nak cabut lagi. aku pon takmau ambik risiko. and aku kena pi xray lagi sekali yg lebih detail dekat dentabay sungai dua (klinik gigi ashraf yg dulu). aku balik rumah dengan gigi kanan aku dicabut dan merana la kejap dalam seminggu sebab bekas cabutan tu. nak makan pon susah sebab dr letak batu dekat 2 gigi geraham kiri kanan aku untuk takmau gigi atas aku tertolak bracket gigi bawah.

first and second day lepas cabut, memang aku bestfriend dengan bubur nasi la. masuk hari ketiga, aku dah takleh tahan wehhhhh tak makan proper meal. akhirnya lepas balik kerja, aku melantak 2 pinggan nasi berlaukkan gulai ikan mak aku masak. dan tetiba wehh tetibaaaaaa satu bracket aku tercabut!!! nasib baik tak tertelan. ganas jugak aku makan.

….to be continued…..

update: dah lah, aku malas nak update cerita. kenapa la aku pemalas nak sambung cerita ni dulu. sekarang nak cerita balik lagila aku malas. haha

Sabah part 4

hallu hallu… lets continue our journey to sabah!

well, hari ketiga kami di sabah, awal2 pagi lagi dah checkout sebab nak panjat Sosodikon Hill pulak. mula2 macam tak nak pi pon, tapi bila tengok balik gambar2 dekat situ, macam cantik.. so kami pon decide nak pi. pukul 7 pagi dah checkout. nak daki bukit tu awal2 sebab nanti takut awan dah tutup gunung kinabalu. jalan ke sosodikon hill sama je macam nak ke desa dairy farm. cuma bila dah sampai dekat satu selekoh ni, kena straight je utk ke hill. kalau nak ke dairy farm kena belok ikut selekoh tu. waze je.

berdasarkan pencarian aku dekat google macam mana nak ke sosodikon hill, finally kami park kereta dekat dalam Dream World Resort. tak kena charge pon. lepas tu, keluarΒ  balik dari resort tu and jalan kaki terus belok kiri untuk turun bukit.

ehh lama jugak lah nak turun bukit tu. bila dah sampai ke entrance sosodikon hill, bayar rm 3 dekat kaunter tapi takdak orang jaga pon situ. so, kami pon mula la mendaki bukit. nak daki gunung tak cukup fit lagi kekeke πŸ˜‚

track dia senang je. jalan dia tak susah pon. cuma kalau hujan, dia licin sikit lah. hiking ni dalam 10-15 minit jerrrr. pakai kasut yang sesuai lah. jangan pakai heels pulak. aku pakai crocs je. masa ni awan dah sikit2 nak tutup gunung. so cepatannnnn. masa kami sampai di puncak, alhamdulillah tak ada orang!!! yangΒ  ada cuma 2 orang je hahaha. itu pon depa nak blah dah. mungkin kami lewat sikit. so, peluang keemasan jangan dibiarkan. kami suruh abang tu tolong ambikkan gambar kami bertiga.

20180128_074822

ni lah track dia. simple je kan? senang je. cuma a bit curam lah bila nak sampai ke atas.

Pic_2018_01_28_07_55_45

nasib baik nampak gunung lagi. dari atas ni memang sejuk. boleh nampak bandar kundasang. Cantik sangat sangat!!!Β  macam dekat oversea.

pic_2018_01_28_08_09_07.jpg

edf

thank you abang yang tolong ambikkan gambar. lepas dah ambik gambar and video, kami pon turun sebab awan dah makin tebal.

lepas tu kami terus pi cari breakfast dekat tamu minggu. sebelum naik bukit, aku makan seketul roti je hahaha. lapar teruk. akhirnya, setelah tewas dengan nafsu makan, aku selamat membeli nasi lemak dan chicken wings (lagi sekali)

20180128_092040

boleh tahan sedap lah. sebab lapar jugak lol. impress jap nasi lemak kaler kuning. makan dalam kereta je.

lepas kenyang, kami terus ke kota belud. bye kundasang! jumpa lagi!

ok di kota belud pulak kami ke Polumpung Melangkap Campsite. bukan nak pi camping. nak pi sungai sebenarnya. tiket masuk rm 3. bila masuk je, terus dengar air sungai mengalir. herghhhh syokkk oooo.. aku siap bawak chicken wings yang beli tadi nak makan dekat sungai haha.

20180128_112044.jpg

20180128_111507

air dia sangatlah clear. sejuk. ahhh best. boleh mandi sekali tapi kami tak bawak baju extra. so celup2 kaki je. masa kami datang sini hari ahad, ramai lah yang camping. boleh barbecue lagi.

masa nak balik, tetiba selipar aku putus tengah jalan. damnnn… terseret-seret aku jalan nak naik ke kereta sebab kena panjat tangga. orang pon tengok aku pelik, pahal budak niiii πŸ€”

lepas kota belud, maka kami pon pulang ke kota kinabalu. ambik masa 3 jam perjalanan jugaklah drive. dah sampai di KK, kami lunch lokan bakar dengan air kelapa dekat kedai makcik apa ye nama dia aku dah lupa. sedapppp. kedai tepi jalan je. dekat dengan UMS. actually banyak je kedai lokan tepi jalan. tapi kawan aku ni ada baca satu kedai ni yang sedap. kami singgah situ lah.

mula2 kami order lokan saiz besar utk 3 org. tapi sebab lapar, kami order satu lagi lokan saiz kecil pulak. makan dengan nasi putih cicah air asam. minum pulak air kelapa herghhhhh dap bak hang.

20180128_125559

aku ada gambar kelapa je. gambar lokan tak ingat lah aku save dekat file mana. sobsob.

dah kenyang, kami terus check in di Hotel Sadong. semalam dalam RM 60+/seorang. ok ah not bad. TAPI,, hotel ni tiada lif. kami untung lah sebab semua bawak backpack. tak sesuai untuk sesapa yg nak bawak luggage. huhu. bilik pon ok, ada aircond, towel disediakan. ada tv.

kami rest dulu dalam bilik. sempat tidur before keluar balik. lepas asar camtu, kami ke Tanjung Aru Beach. nak tengok sunset la katakan. sampai2 je, MASYAALLAH! ramainya manusia. malas dah nak tunggu sunset, aku nak beli makanan ringan before dinner. weh ketaq kepala lutut bila aku sedar yang dompet aku hilang!!!!!! ya Allah. terus teringat nasihat mak dengan ayah ” jaga duit elok2, jaga diri, jangan seronok sangat”

OMAIGOD.

masa tu rasa macam aku ni terlebih seronok ke sampai duit aku hilang? ya Allah nak nangis masa tu.

aku gitau kawan2 aku. mira pinjamkan aku sepuluh ringgit untuk aku beli makanan. aku tolak tapi last2 ambik jugak sebab lapar πŸ˜‚πŸ˜‚ aku beli jagung dalam cup tu. masa tu rasa macam nak balik hotel je, kot2 lah aku tertinggal dalam bilik ke. memang takleh fikir dah time tu. aku cakap cemana nak makan seafood malam ni kalau dompet aku hilang? haha.Β  mira dgn anati siap cakap takpa pakai duit depa dulu. aku ok ja. tapi…. dalam hati Allah je yang tau aku memang nak balik hotel sangat-sangat masa tu huhu.

time dinner, kami makan seafood yang simple2 jelah. aku pon takdak mood nak makan sedap. simple2 pon, RM 100 gak habis makan seafood. hahahah. lepas makan terus balik hotel. sampai je hotel terus ak cari dompet. LEGA yakmat bila aku jumpa dompet aku dalam backpack aku ya tuhannn. aku terlupa nak ambik before keluar. malam tu terus tidur lena lah dah jumpa dompet balik dah hehehhee.

20180128_191525