MEDAN 22/3/2014- AHAD

ok.. hello hello. kita sambung percutian di medan haritu. 

pagi ahad tu, lepas breakfast dkt swiss belinn hotel, terus check out. pak rizal bawak kami ke daerah Parapat. kat sana ada Danau Toba!!! tu yg syok tuu. cantik wey cantikk. perjalanan ke danau toba ambik masa 4 jam! dan 4 jam tu aku tak tidur langsung dalam kereta sebab nak tgk keindahan alam. haha

Image

 

copp. ni selfie dalam swiss-belinn sebelum check out 🙂

so, sebelum ke toba, kami singgah di kedai paten. aku pon taktau la paten tu apa tapi dia sebuah kedai yg jual makanan ringan macam kacang2 tu. kat sini, nama kacang tu pelik. tengteng, tingting, tongtong, pingpang, entah la banyak sgt hahaha

Image

 

ni la kacang2 tu. ada satu kacang ni warna hitam. yang tu paling aku suka tp tak ingat nama apa pulak

kakak aku dgn kawan dia ada la borong kacang2 ni. aku tak pon sebab tak berapa minat makanan ringan ni heheheh. so, lepas beli, terus pi lunch dekat sebuah kedai makan ni. sedapp banget!! nama kedai tu rumah makan beringin indah. menu special dia of course burung goreng! 

Image

 

burung goreng yang habis licin kami makan. 

Image

antara juadah yang dihidangkan. sampai2 je, pelayan akan hidangkan seeemuaaa lauk atas meja. kita tak payah order. ok kat sini, satu tips. makan apa yang kita nak makan je sebab kita bayar apa yang kita makan je ok. kalau rasa nak cuba2 je makanan tu, baik habiskan. kalau tak, rugi je makan sikit2 tapi kena bayar jugak. paling bagus, sebab dia hidangkan plain water setiap orang. tak payah mintak pon. 

aku for sure sambar sayur pucuk ubi dulu sebab favourite. hehe kampung2 sangat dengan sambal belacannya. perghh meleleh weyy

Image

ni pulak kita kena order. yg kanan tu jus avokado + matabir + sos coklat. ya Allah sedapp!! dengan pekat, lemak manisnya. phewww terbaik lah. aku tatau lah matabir tu apa. tapi sebutan dia macam tu lah. hahahah. yang kiri tu jus buah markisa + terung belanda. sedap jugak tapi aku lebih suka avokado.

haa puas makan sini. so, lepas kenyang perut, kami pon berangkat lah ke parapat. memang jauh. jalan dia pulak masyaALLAH. berpusing-pusing sebab jalan berbukit. dah tu, kecik pulak jalan dia. hutan je keliling. boring jugak. sepanjang perjalanan, masa melalui kebun getah di sana, paling terkejut, orang2 medan ni boleh berkelah dalam kebun getah. dah la gelap, lepas tu siap boleh makan2, berpicnic lagi. wahh caya lah. kalau kat malaysia, mau kena kejar dengan harimau dulu dekat kebun getah. hahah

ok akhirnya, kami sampai ke hotel Niagara. memang besar dan cantik hotel ni sebab atas bukit. dan bayarannya pon mahal jugak lah. hehehe. kami ambik bilik yang mengadap danau toba. memang cantik! 

Image

ni dalam bilik hotel

Image

bilik ni takdak aircond. sebab memang dah sejukkk. ada kipas je. 

Image

view dari bilik aku. cantik kan? yg macam laut tu lah danau toba. 

ok petang tu, kami pergi swimming dkt bawah, meriah gila. pool pon besar. tapi aku tak swimming sebab tadak baju spare. huahua. nak beli dekat kedai dalam hotel tu seluar tak menarik pon. aku cuma ambik gambar je. hehe

 

Image

cantik kan view dia? tambah2 aku yg jadi model, lagi la cantik. haha k 😉

Image

 

Image

aku malas nak cover2 cantik dalam gambar ni 🙂

Image

haaaaa segar biji mata tengok kecantikan kat sini. 

so, malam tu kami makan di kedai makan muslim. dekat2 je dengan hotel ni. servis dia pon mcm yg rumah makan beringin indah tu. makan apa yg kita nak makan je. kalau ikut kesedapan makanan, yg beringin indah lagi sedap. kat sini, ramai jugak orang malaysia yg makan malam tu. 

so, lepas je makan terus balik hotel nak rest. haaa penatttttt. ok sambung next entry.

 

Advertisements