Konsert Karya Agung Pak Ngah

Fuh bersawang blog ni. Harini meh aku nak cuci sikit.

So 15/11/19 haritu aku pi tengok konsert karya agung pakngah. Komposer terkenal lagu2 tradisional contohnya cindai, nirmala. Konsert ni gabung sekali dengan konsert tokti. Please harap hampa yang baca ni kenal lagu2 ni. Famous kot! Aku sebenarnya dah teringin lama nak tengok konsert dekat istana budaya. Umur 26 tahun baru ada peluang nak pi tengok. OK la kannnn.

Aku ajak kawan kerja aku pi tengok. Arep dengan azhan. Arep pon teringin nak masuk istana budaya. Azhan pulak minat tokti. So kami beli lah tiket dekat website airasiaredtix. Kami beli tiket malam kedua. Seating dkt area stall. Bahagian bawah jugak lah. Dekat dengan stage. Harga RM 276.

Konsert ni semua melibatkan lagu2 ciptaan arwah pakngah. Artis yg terlibat Ernie zakri, syamel, tokti, asmidar dengan rojer. Aku kenal semua penyanyi kecuali rojer sebab dia peserta program dangdut dekat astro. Aku mana layan dangdut. Hahah. Asmidar aku kenal sebab masa tu dia join program vokal bukan sekadar rupa dekat tv3. Dan dia pon penyanyi lagu tradisional jugak. Kiranya ni semua makanan dia laahh. Ernie dengan syamel toksah dok habaq lah. Suara memang on point. Tiptop. Pemenang vokal terbaik AJL. Tokti?? Hmm tak payah tulis dkt blog ni dahh.

So kami bertiga pi lah KL 15 hb pagi tu. Kami pi istana budaya pukul 5.30pm walaupun show start pukul 8.30pm. Takut jem Dan takdak parking. KL kotttt! Sampai istana budaya tu pi makan charkueyteow sebelah dia sat.

So dkt lobi IB ni depa ada buat pameran pasal pakngah. Baju2 yang dia pakai masa buat show, studio dia, alat2 muzik, eh semua laaa pasal dia. Jap aku letak gambar baru best.

So kami yang jakun ni sampai istana budaya terus pi tukar tiket dekat kaunter.

Masa tu dok usha orang2 yang datang tengok konsert. Semua pakai baju melaram. Tambah2 lagi lelaki. Ada yang pakai tanjak, songkok dengan baju melayu. Ikut tema la kata kan. Tapi bila aku tengok arep dengan azhan punya baju.. Aku macam… Hmmmm… Sokayy.. First timer.. Dimaafkan kahkahkah. Aku pon pakai baju biasa jeewww.. ada hati mengata kawan sendiri.

Sempat la selfie ambik gambar dekat area luaq tu.

pakai baju keja mai tengok konsert

pukul 8 macam tu semorang dah beratur nak masuk dewan. macam tengok wayang, tunjuk tiket, lepastu pekerja IB koyak, then boleh masuk

sementara tunggu show mula, aku ambik lah gambar dalam IB kejap.

pergh abang pakai blazer tu dari tepi macam syamsul yusof

ok. so show dimulakan dengan persembahan solo accordion lagu Cindai. pemuzik tu main cindai seround dulu, and barulah tirai kat belakang stage tu dibuka. and barulah nampak semua musicians Orkestra Tradisional Malaysia. depa buat instrumental show lagu2 karya pakngah, siap ada gamelan, caklempong. persembahan depa sangat rancak. time lagu ala dondeng, goosebumps beb. time ni aku dah terimbau2 dah kenangan aku main band dekat sekolah dulu especially time perform depan sultan. rindu beb.

boleh tengok persembahan pembukaan di Youtube . so lepas habis intro instrumental ni, masuk pulak segmen kedua iaitu persembahan drpd ernie, syamel, asmidar dan rojer. aku cuma nak cakap aku TERKESIMA dengar suara depa. aku macam unbeliavable aku dapat dgr ernie nyanyi live! omaigodd.. i’m a fan of her!!!!! *screaming* banyak lagu2 yang aku tau, contohnya laksamana raja di laut. lagu ni rojer yang nyanyi. aku paling suka part “hamba dendangkannn” rojer punya run… pergh tergamam.

antara lagu lain contohnya kurik kundi, dikir puteri, and adalah lagu2 lain yang aku tak berapa tau. sejam pertama tu memang segmen depa ja.

masuk segmen kedua, jeng jeng… baru je tunjuk intro semua orang dah jerit2 sebab depa tau tokti punya segmen dah start haha. lagu2 tokti memang mengimbau kenangan la. nirmala, bergending dang gong, cindai, balqis, ya maulai and etc. lagu last ciptaan pakngah iaitu time penutup siti nyanyi tajuk dia kudus sinarmu. lagu ni berentak balada. and first time aku dengar lagu ni. sedih. lepas tu diorang pasang video time pakngah meninggal dulu, siti hampir menangis. kalau nk tgk, boleh tgk di sini

habis dah pengalaman pertama aku tengok konsert di Istana Budaya. tercapai jugak. mungkin lepas ni, boleh tgk show lain pulak hehe. lepas habis show, kami pi makan dekat murni pukul 12malam sebab tak tahan lapar. kahkah.

adios